Page 9 - E MAJALAH KUMPULAN 1
P. 9

Cara Buat Sambal Tumis







                 1. Kisar


                Mula-mula, kisarkan
                    Bawang merah 1 biji

                    Bawang putih 3 ulas
                    Halia seinci
                    Belacan separuh tapak tangan (digoreng garing
                    dahulu)

                    Ikan bilis segenggam (goreng dahulu)




                2. Tumis


                Lepas kisar, tumiskan dengan minyak menggoreng
                ikan bilis tadi. Masa ini kalau ada yang suka bawang
                dalam sambal, boleh masukkan bawang yang dihiris

                dalam sambal. Ikan bilis pun boleh masuk sama.


                Selepas bahan kisar dan nampak garing, masukkan
                pula cili kering (yang dah siap direbus dan kisar)

                dalam 6-7 senduk. Kacaukan sampai naik minyak.
                Guna api perlahan.




                3. Perasakan



                Bila dah naik minyak, perasakan dengan garam (suku
                sudu besar), gula (6-7 sudu besar), pes asam jawa
                (suku sudu besar), gula perang / gula melaka (2 sudu
                besar). Gula perang ni fungsinya nak bagi sambal tu

                berwarna cantik @ merah pekat.
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14