Page 4 - E MAJALAH KUMPULAN 1
P. 4
S E J A R A H N A S I
L E M A K
Sejarah awal wujudnya nasi lemak
dikatakan bermula ketika
masyarakat Melayu mula menetap
di pinggir pantai. Dengan
memaksimumkan penggunaan
bahan-bahan yang mudah didapati
di kawasan tempat tinggal mereka
seperti santan daripada buah
kelapa yang dipetik dari pokok,
kangkung yang banyak tumbuh
meliar, dan ikan yang ditangkap di
laut, maka terciptalah nasi lemak.
Dari segi penggunaan daun pisang
yang digunakan sebagai
bungkusan pula, dipercayai daun
pisang dijadikan sebagai
bungkusan makanan bagi
memudahkan para petani untuk
membawa bekal ketika bekerja di
bendang.
Nasi lemak mendapat namanya daripada rasa nasi itu sendiri yang lemak dan berkrim. Tidak
seperti nasi biasa yang ditanak menggunakan air biasa, nasi lemak dimasak menggunakan
santan kerana terdapat beberapa khasiat tambahan yang diperoleh daripada santan. Pada
zaman dahulu, nasi lemak akan dimasak di atas api yang sederhana (atau dimasak
menggunakan kaedah kukus) dan perlu sentiasa dipantau bagi mengelakkan santan
daripada menjadi hangit. Kini, nasi akan dimasak menggunakan periuk nasi elektrik sahaja.
Selain santan, nasi turut dimasak bersama bawang putih, halia dan serai bagi meningkatkan
lagi aroma dan rasa nasi tersebut.

