Page 42 - E MAJALAH KUMPULAN 1
P. 42

BOLA SEPAK DAPAT MENYATUPADUKAN



                        KAUM-KAUM DI MALAYSIA






         Pulau Pinang juga pernah memiliki barisan pemain seperti Moey Kok Hong, Ooi Hoe
         Guan dan Ng Kok Heng yang pernah mewarnai kebangkitan skuad Harimau Kumbang
         satu ketika dahulu.
         Malah skuad Bawah 23 dan senior negara pada hari ini dikendalikan oleh dua jurulatih

         dari kaum Cina, iaitu Ong Kim Swee dan juga Tan Cheng Hoe. Fakta ini bukan untuk
         menyatakan superiority sesuatu kaum di dalam landskap bola sepak negara. Sebaliknya
         ia adalah bukti bola sepak diterima oleh semua masyarakat berbilang kaum di dalam

         negara ini.
         Santokh Singh, Soh Chin Aun, James Wong, Mokhtar Dahari, Azman Adnan, Yap Wai
         Loon dan Matlan Marjan adalah nama-nama yang pernah disorak bersama-sama atas
         nama Malaysia oleh generasi terdahulu.
         Hari ini kita juga masih mempunyai generasi pemain seperti Darren Lok, N.

         Thanabalan, Safawi Rashid, Brendan Gan, Norshahrul Idlan Talaha dan ramai lagi yang
         tampil memberi impak yang sama.
         Di sebalik segala perkhabaran berasaskan perkauman yang mengarah kepada

         perpecahan dan menjurus kepada kebencian. hakikatnya majoriti daripada kita yang
         waras dan sayangkan negara ini masih menolak sebarang bentuk perpecahan.
         Perkara ini juga boleh dibuktikan melalui bola sepak. Ketika menonton perlawanan bola
         sepak di restoran-restoran mamak misalnya, kita tidak pernah kisah untuk duduk
         semeja dengan rakan-rakan yang berbeza kaum dan agama – demi bersama-sama

         memberikan sokongan kepada pasukan
         Manusia adalah makhluk kompleks ciptaan Tuhan. Kita mempunyai emosi untuk
         melindungi apa yang kita percaya serta pegangan yang menjadi falsafah sesuatu

         kelangsungan. Di sebalik semua itu, Tuhan juga memberikan kita akal fikiran untuk
         berfikir secara rasional. Tanpa mengira apa pegangan agama atau bangsa.
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47