Page 43 - E MAJALAH KUMPULAN 1
P. 43

SEJARAH KEGEMILANGAN BOLA




                                SEPAK MALAYSIA






         Perlawanan pertama pasukan bola sepak Malaysia diadakan di Stadium Merdeka pada
         8 Ogos 1963 dengan gabungan pemain dari Malaya dan Singapura. Pada perlawanan
         itu, Malaysia tewas 3-4 kepada Jepun. Pasukan ini terus menggunakan gabungan
         pemain dari Singapura dan Semenanjung Malaysia sehinggalah Singapura dikeluarkan

         dari Malaysia pada 1965. Sejak itu pasukan ini hanya menggunakan pemain dari
         Semenanjung Malaysia kerana kekangan pada masa itu untuk ke Malaysia Timur.
         Hanya pada tahun 1977 barulah FAM menghantar pencari bakat ke Malaysia Timur.
         Pada 1971, James Wong yang berasal dari Sabah merupakan pemain pertama dari

         Malaysia Timur terpilih untuk mewakili Malaysia.Senarai itu diteruskan oleh James
         Yaakub dari Sarawak pada 1977.


         Malaysia berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1972 di Munich dengan

         menewaskan Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Filipina sepanjang pusingan kelayakan.
         Dua tahun kemudian, Malaysia mengulangi pencapaian pada 1962 apabila sekali lagi
         memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Tehran selepas menewaskan Korea Utara
         2-1. Kejayaan pasukan Malaysia berterusan apabila layak berturut-turut ke Piala Asia

         pada 1976 dan 1980.


         Selepas itu, Malaysia sekali lagi layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow dimana
         munculnya gandingan Hassan Sani dan James Wong tetapi kerajaan Malaysia

         memboikot Sukan Olimpik 1980 kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas
         Afghanistan. Ini menyebabkan pasukan bola sepak Malaysia tidak dapat beraksi pada
         kejohanan tersebut. Namun pasukan kebangsaan masih lagi dapat menghasilkan
         pemain berkualiti seperti "pemain pertama menjadi pemain pertahanan "overlapping"

         di dunia, Serbegeth Singh (atau Shebby Singh seperti dikenali sekarang), Zainal Abidin
         Hassan, Dollah Salleh dan Lim Teong Kim yang telah bermain untuk Hertha Berlin di
         Jerman pada tahun 1988
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48