Page 41 - E MAJALAH KUMPULAN 1
P. 41

BOLA SEPAK DAPAT MENYATUPADUKAN



                        KAUM-KAUM DI MALAYSIA





         Bola sepak adalah sukan yang unik. Kerana keunikkan itulah, bola sepak boleh
         dinikmati dengan pelbagai cara.

         Di kalangan peminat sukan bola sepak, akan ada golongan yang gemar akan kebolehan
         pemain sekaligus menjadikan pemain tertentu sebagai idola mereka. Ada juga peminat
         yang mengikuti perkembangan pasukan-pasukan tertentu seperti kelab-kelab di Liga
         Inggeris misalnya kerana kagum akan superiority atau sejarah kelab tersebut.

         Tidak kurang juga ada di kalangan peminat bola sepak yang gemar dengan corak
         taktikal dan falsafah jurulatih-jurulatih tertentu yang disifatkan unik atau pun genius.
         Dan ada juga di kalangan peminat yang sekadar mengikuti perkembangan semasa
         untuk dijadikan bahan gelak ketawa bersama rakan-rakan yang lain.

         Lebih menarik lagi, sukan bola sepak boleh diikuti oleh sesiapa sahaja tanpa mengira
         jantina, pegangan agama, warna kulit, mahupun fahaman politik. Kerana itulah bola
         sepak dianggap sebagai ‘the beautiful game’ dan merupakan sukan bersifat universal
         Isu perpaduan merupakan salah satu perkara yang sering menjadi topik hangat di

         kalangan rakyat Malaysia. Namun sebenarnya – jika kita melihat konteks negara
         Malaysia secara lebih meluas – negara ini juga mempunyai ciri-ciri unik seperti bola
         sepak. Ia mempunyai lebih banyak elemen untuk kita raikan kerana perbezaan yang
         turut memberi keunikkan sepertimana bola sepak.

         Apabila kita berbicara tentang bola sepak atau menontonnya, semua sempadan
         terhapus dengan sendirinya kerana kita memberi fokus kepada perkara yang kita
         sama-sama minati. Seperti sukan lain, bola sepak juga tidak mengenal erti perbezaan.
         Bermain atau menonton bola sepak bersama rakan-rakan daripada kaum lain boleh

         membantu menyatupadukan manusia daripada keturunan dan warna kulit berbeza.
         Hakikatnya kita tidak perlu pergi jauh untuk melihat bagaimana bola sepak
         menyatukan kita. Contoh terbaik ialah di dalam saingan Liga Malaysia itu sendiri.
         Skuad Negeri Sembilan 1996 misalnya pernah dikendalikan oleh jurulatih M. Karathu

         yang berbangsa India dan mempunyai pemain seperti B. Rajnikandh yang hampir
         mengejutkan saingan Liga Perdana pada ketika itu.
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46