Page 40 - E MAJALAH KUMPULAN 1
P. 40
TOKOH-TOKOH BOLA SEPAK
DI MALAYSIA
Soh Chin Ann
Soh Chin Ann memulakan karier bola sepaknya bersama Melaka pada 1969.
Pada 1971, Chin Ann berpindah ke Selangor dan bermain untuk pasukan itu
sehingga tahun 1978. Beliau memenangi enam kejuaraan Piala Malaysia
sepanjang bermain untuk Selangor Beliau kembali ke Melaka pada 1979
dan mengetuai pasukan itu menjuarai saingan liga pada 1983. Pada 1985
beliau digantung selama dua tahun oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia
dan hanya kembali bermain pada 1988. Tahun 1988 merupakan tahun
terakhir beliau bermain bola sepak di peringkat domestik
Pada usia 19 tahun, Chin Ann telah membuat penampilan senior
pertamanya di peringkat antarabangsa dalam kejohanan Piala Raja Thai
1969
Pada tahun 1971, Chin Ann yang baru berusia 21 tahun ketika itu menjadi
pemain termuda Malaysia dalam peringkat kelayakan Sukan Olimpik di
Seoul, Korea Selatan. Beliau juga terpilih yang mewakili Malaysia pada
Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman. Beliau turut bermain dalam
kelayakan Sukan Olimpik 1980 dimana Malaysia berjaya layak ke Sukan
Olimpik Moscow 1980.
Chin Ann bersara dari bola sepak antarabangsa pada 1984. Beliau telah
beraksi sebanyak 252 (termasuk perlawanan bukan kategori 'A')
perlawanan untuk skuad bola sepak kebangsaan Malaysia (termasuk
perlawanan bukan antarabangsa FIFA menentang pasukan kebangsaan
berstatus 'B', kelab, dan pasukan pilihan)Konfederasi Bola Sepak Asia
mengiktiraf pencapaian beliau dan memasukkan nama beliau ke dalam
AFC Century Club pada bulan Februari 1999. Pada 3 Ogos 2021, FIFA
mengiktiraf Soh Chin Ann selaku pemain yang membuat penampilan (caps)
antarabangsa terbanyak dalam perlawanan kategori 'A' dengan
mengumpul 195 caps sepanjang 15 tahun menyarung jersi Malaysi
Selepas bersara dari bermain bola sepak, Chin Ann cuba berjinak-jinak
dalam bidang politik dengan bertanding pada Pilihan Raya Parlimen Kota
Melaka pada 1986 tetapi tewas dengan jumlah besar 17,606 undi kepada
Lim Guan Eng Pada tahun 2007, Chin Ann dilantik sebagai Pengerusi
Pengadil Malaysia pada 13 Mac 2007. Beliau kemudian memegang jawatan
selaku pengurus pasukan bola sepak Malaysia pada 2007 sehinngga
Februari 2009.

