Page 67 - E MAJALAH KUMPULAN 1
P. 67

Dahulu,  masyarakat  sekampung  akan

       sama-sama  menyingsing  lengan  untuk
       membantu. Golongan ibu akan sama-sama
       mengupas  dan  memotong  bawang  sambil
       bertanya  khabar  serta  berita  (di  sinilah

       timbulnya  istilah  membawang),  manakala
       golongan  bapa  pula  menyembelih  lembu
       atau         kambing,            memotong              serta
       menyiapkan  daging  untuk  dimasak  di
       dalam kawah besar.
       Begitu  jugalah  dengan  aktiviti  memasak

       bubur  asyura  yang  dikenali  sebagai  'kuca
       suro'  di  Kelantan.  Proses  penyediaan  dan
       memasak  yang  agak  lama  mengambil
       masa beberapa jam secara tidak langsung

       menggalakkan             banyak        komunikasi.         Ia
       memberi  peluang  untuk  saling  mengenal,
       mewujudkan                permuafakatan                 dan
       mengeratkan perpaduan.
       Gotong-royong               semakin             dilupakan
       terutama  dalam  kalangan  masyarakat

       moden  yang  tinggal  di  bandar-bandar
       besar.  Ramai  yang  tidak  tahu  nama  jiran,
       apatah  lagi  saling  mengenali.  Tak  kenal
       maka        tak     cinta.     Bagaimana           hendak

       berbaik jika kenal pun tidak?
       Budaya  gotong-royong  adalah  budaya
       masyarakat  kita  sejak  turun-temurun.  Ia
       dapat            mengeratkan                 silaturahim,
       merapatkan  ukhuwah  atau  persahabatan
       dan  wajar  dipupuk  semula.  Penglibatan

       semua  pihak  dalam  hal  itu  mampu
       membina          kembali         dan      menyuburkan
       semangat perpaduan.
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72