Page 74 - E MAJALAH KUMPULAN 1
P. 74

Hari Deepavali disambut sebagai pesta
                                                                      meraikan kemenangan pihak yang baik,
                                                                      jujur dan benar dalam mengatasi pihak
                                                                      yang jahat, tidak jujur dan berperangai
                                                                      buruk. Dengan kata lain, perayaan ini
                                                                      adalah sebagai suatu kejayaan atas nilai-
                                                                      nilai kebaikan yang mengatasi nilai-nilai
                                                                      kejahatan. Perayaan Deepavali berkait
                                                                      rapat dengan konsep kepercayaan agama
                                                                      dan „Hukum Karma‟ yang telah menetapkan
                                                                      bahawa kebaikan dan kejujuran itu akan
                                                                      mendapat ganjaran yang baik. Sebaliknya,
                                                                      kejahatan pula akan dibalas dengan
                                                                      pembalasan yang setimpal. Perayaan ini
                                                                      menandakan kemenangan kuasa kebaikan
                                                                      terhadap kuasa kejahatan, serta
                                                                      penanggalan kegelapan rohani. Secara
                                                                      simbolik, Deepavali menandakan kembalinya
                                                                      semangat muhibah dan kepercayaan
                                                                      setelah lama menyepi seperti yang
                                                                      diceritakan dalam Ramayana.Deepavali
                                                                      juga disambut dengan rasa penuh
                                                                      kesyukuran. Pesta yang penuh warna-warni
                                                                      itu bagaikan memberi cahaya kegembiraan
                                                                      yang mampu menghilangkan tekanan fikiran
                                                                      buat seketika




                                                                      Agama Hindu mempunyai kepercayaan
                                                                      bahawa Athma (roh) mengatasi jasad dan
                                                                      minda. Ia adalah sesuatu yang suci, tidak
                                                                      terbatas dan akan kekal abdi. Perayaan
                                                                      Deepavali adalah sambutan untuk
                                                                      menyambut kelahiran „cahaya dalaman‟
                                                                      yang memupuk kesedaran dari dalam. Segala
                                                                      kejahatan di dunia ini akan terhapus dan
                                                                      kesedaran bahawa tuhan sebenarnya
                                                                      berada di mana-mana dan keunggulannya
                                                                      sahaja yang berkekalan buat selama-
                                                                      lamanya akan disedari. Dengan realisasi
                                                                      Atman, maka datanglah belas kasihan, kasih
                                                                      sayang sejagat dan kesedaran seseorang
                                                                      akan segalanya (peningkatan pengetahuan),
                                                                      lalu membawa kepada Ananda (Kebahagiaan
                                                                      atau Keamanan Kedalaman). Lampu pula
                                                                      menjadi ilmu pengetahuan yang menerangi
                                                                      hidup dan menghindarkan manusia daripada
                                                                      berbuat jahat.
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79