Page 72 - E MAJALAH KUMPULAN 1
P. 72

Salah satu perayaan yang dirayakan oleh

                                                masyarakat India di Malaysia ialah perayaan
                                                Deepavali atau dikenali sebagai Pesta Cahaya.

                                                Perayaan Deepavali juga dikenali sebagai
                                                Diwali, Depawali, Dewali, Dipodsavi dan

                                                Dipapratipad. Perayaan Deepavali merupakan
                                                sebuah perayaan berwarna-warni yang
                                                dirayakan oleh masyakat India yang beragama

                                                Hindu di seluruh pelusuk dunia. Perayaan
                                                Deepavali juga dikenali sebagai Pesta Cahaya.

                                                Perayaan ini biasanya disambut pada penghujung
                                                bulan Oktober dan awal bulan November.

                                                Menurut kepercayaan penganut Hindu, perayaan
                                                ini dirayakan pada bulan gelap yang dinamakan

                                                sebagai „aippasi‟. Salah satu amalan penting
                                                yang perlu dilakukan oleh masyarakat Hindu
                                                ketika perayaan Deepavali adalah menyalakan

                                                lampu pada pagi hari Deepavali. Amalan ini
                                                adalah untuk menyatakan kesyukuran kepada

                                                Tuhan Hindu yang membawakan kegembiraan,
                                                pengetahuan, keamanan, dan kemewahan kepada

                                                penganut agama ini. Masyarakat Hindu
                                                berpendapat juga bahawa Deepavali merupakan

                                                satu perayaan penting yang perlu mereka
                                                sambut dalam setiap tahun. Perayaan Deepavali
                                                menandakan permulaan bagi tahun baru dalam

                                                kalendar Lunar. Perayaan Deepavali diharap
         ATTIC                                  dapat memberi sinar keceriaan dan kebahagiaan

                                                kepada seluruh pengganut agama Hindu di
                                                seluruh dunia
   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77