Page 71 - E MAJALAH KUMPULAN 1
P. 71
KESIMPULAN.
KESIMPULAN.
- Kesimpulannya , aktiviti gotong royong dikhalayak masyarakat
perlu diadakan untuk merapatkan hubungan antara kaum. Hal
ini kerana aktiviti seperti ini juga dapat menjaga kebersihan
kawasan persekitaran tempat tinggal. Masyarakat perlu
mengamalkan aktiviti ini supaya tak lapuk dek hujan dan tak
lekang dek panas. Ibu bapa juga sewajarnya menanamkan
amalan gotong royong kepada anak – anak sejak di bangku
sekolah lagi. Ibu bapa juga perlulah menjadi contoh terhadap
anak – anak mereka. Di samping itu , aktiviti ini juga dapat
mengeratkan hubungan perpaduan antara kaum yang
melibatkan masyarakat setempat. Dengan cara ini , masyarakat
setempat lebih mengambil berat tentang masalah yang
dihadapi tanpa mengira agama dan kaum.

