Page 60 - PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN RENDAH
P. 60

PANDUAN ASAS PEMUTUS LITAR UDARA (ACB)

             Pemutus litar udara ialah sebuah pemutus litar yang bertindak memutus dan menyambungkan litar
             dengan sesentuh utamanya berada didalam udara biasa, tidak didalam medium pemutus jenis lain
             seperti minyak, hampagas atau SF6. Ianya hendaklah jenis metalclad flush mounted.

                                                                                                        60
             Pemutus litar yang asas adalah satu alat untuk memutus atau menyambungkan bekalan atau disebut
             juga sebagai pengasing sahaja. Namun begitu apabila ianya dilengkapkan dengan komponen
             perlindungan seperti alatubah arus, geganti dan shunt trip coil, ianya dapat memberi perlindungan yang
             diperlukan secara automatik. Perlindungan yang diperlukan ialah arus lebih, beban lebih dan rosak ke
             bumi.


             Rupabentuk Pemasangan (Mounting Configuration)
             Umumnya pemutus litar udara ada 2 jenis rupabentuk iaitu:

                •   Jenis dipasang tetap
                •   Jenis boleh ditarik keluar



             Jenis dipasang tetap
             Pemutus litar yang dipasang secara tetap (fixed type) iaitu tidak boleh dibawa keluar (not
             withdrawable) kecuali dengan membuka sekeru dan nat. Jenis ini kurang terdapat di pepasangan
             pengguna kerana ianya rumit. Contohnya apabila hendak membuat kerja-kerja senggara.


             Jenis boleh ditarik keluar
             Pemutus litar jenis boleh ditarik keluar berbeza daripada jenis dipasang tetap, kerana jenis ini
             mempunyai satu mekanisma boleh di tarik keluar (Drawout type) untuk tujuan pemeriksaan dan
             penyenggaraan yang mudah.


             Mekanisma boleh ditarik keluar tersebut membenarkan pemutus litar mengambil sebarang dari
             kedudukan tersebut iaitu BERSAMBUNG (Connected), UJIAN (Test Isolated) dan MENGASING
             (disconnected).








                         ACB                             ACB                              A CB










            Bersambung (CONNECTED)           Ujian (TEST ISOLATED)            Mengasing (DISCONNECTED)
            Kedua-dua litar kawalan dan litar    Litar utama diputuskan,tetapi litar    Kedua-dua litar utama dan litar
            utama disambungkan               kawalan masih tetap tersambung    kawalan diputuskan
                                             bagi membolehkan ujian
                                             dilakukan
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65