Page 70 - BUKU PENGURUSAN SMKSAC 2019
P. 70
70 MANUAL PENGURUSAN SMK. ST. ANNE’S CONVENT 2019
PANDUAN AM UNTUK STAF SEKOLAH
1. ARAHAN AM
1. Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am
Kerajaan.Oleh itu, semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga memathui Perintah Am
tersebut.
2. Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan
dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain.
3. Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjujunginya sebagai satu profesion
dan bukan sebagai satu pekerjaan/ mata pencarian semata-mata.
4. Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Perkhidmatan
Cemerlang.
5. Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara.
6. Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas.
7. Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga
harta benda sekolah.
8. Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas.
9. Menjadi “role-model”.
10. Tunjukkan kepimpinan melalui teladan.
11. Semua guru menjalankan tugas sebagai satu pasukan – TEAM (Together Everyone Achieve Much
2. KEDATANGAN
1. Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah.
2. Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 5 minit sebelum waktu belajar dan
menandatangani Buku Kehadiran semasa sampai dan sewaktu balik sekolah.
Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan dan sebab-
sebab yang wajar.
3. Guru mesti memberitahu pihak sekolah secepat mungkin supaya jadual waktu ganti dapat disediakan.
4. Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan.
3. KELUAR WAKTU MENGAJAR
1. Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah ketika waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu
perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan Pendidikan/ Pejabat Pendidikan Daerah
dengan syarat mendapat kebenaran daripada Pengetua/ Penolong Kanan.
2. Guru dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dan dituliskan dalam Buku Rekod Keluar. Dapatkan
tandatangan Pengetua/ Guru Penolong Kanan sebelum keluar.
3. Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk murid melalui Guru
Penolong Kanan/ Penyelia Petang.
4. Guru dilarang meninggalkan kelas kecuali dalam keadaan kecemasan.
70

