Page 71 - BUKU PENGURUSAN SMKSAC 2019
P. 71

71                                  MANUAL PENGURUSAN SMK. ST. ANNE’S CONVENT  2019


                       4.  PERHIMPUNAN SEKOLAH
                              4.1 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa-masa dan hari-hari yang
                              ditetapkan.

                       5.  CUTI
                              5.1  Cuti Rehat/ Cuti Penggal
                                5.1.1  Mengikut  Surat  Pekeliling  Kementerian  Pelajaran  KP  (PP)  0046.  SJ/A/  (30)  bertarikh  24
                                     Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti rehat sebanyak 7 hari setahun. Guru diminta
                                     mengisi borang permohonan seminggu sebelum mengambil cuti rehat. Kebenaran mengambil
                                     cuti  rehat  tertakluk  kepada  Pengetua.  Guru  boleh  dipanggil  bertugas  oleh  Pengetua  tidak
                                     melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian
                                     daripada tugas mengajar
                              5.2  Cuti Sakit
                                5.2.1   Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari dalam setahun.
                                5.2.2   Cuti  sakit  yang  melebihi  90  hari  setahun  sama  ada  berterusan  atau  putus-putus  akan
                                       dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan untuk menentukan
                                       pembayaran gaji.

                              5.3  Cuti Tanpa Gaji
                                5.3.1   Mengikut Perintah Am Bab Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di ataas sebab-sebab persendirian
                                       yang mustahak.
                                5.3.2   Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis semua
                                       cuti rehatnya.
                                5.3.3   Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak
                                       melebihi 180 hari.
                                5.3.4   Cuti Tanpa gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun.
                                5.3.5   Kelulusan  Cuti  Tanpa  Gaji  yang  tidak  melebihi  14  hari  setahun  adalah  diluluskan  oleh
                                       Pengarah  Pendidikan  Negeri.  Cuti  yang  melebihi  15  hari  diluluskan  oleh  Kementerian
                                       Pendidikan  Malaysia.  Borang  permohonan  hendaklah  dihantar  ke  Jabatan  Pendidikan
                                       Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti..
                              5.4  Cuti Keluar Negeri
                                5.5.1   Semua guru yang hendak bercuti ke luar negeri mesti mendapat kelulusan dari Jabatan. Sila
                                       isikan borang permohonan yang ada di pejabat selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh
                                       bercuti.

                           6.    PAKAIAN
                              1.  Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur.
                              2.  Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan.
                              3.  Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut yang sesuai.
                              4.  Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang   sesuai
                              5.  Guru Perempuan- seluar trek/panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan,    baju trek, kasut
                                 skuan atau getah tanpa tumit.
                              6.  Guru lelaki – seluar pendek, seluar trek atau seluar panjang yang sesuai. Kemeja T, kemeja sukan,
                                 baju trek atau jersi. Kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit

                           7.   BILIK GURU
                              1.  Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap
                                 sebagai “non-teaching period” dan bukannya “free period”. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan
                                 masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran
                                 sahaja





                                                                                                              71
   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76