Page 72 - BUKU PENGURUSAN SMKSAC 2019
P. 72

72                                  MANUAL PENGURUSAN SMK. ST. ANNE’S CONVENT  2019


                           8.         TUGAS
                                 1.  Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, pentadbiran dan              tugas
                                     khas.  Mereka  mesti  melaksanakan  tugas-tugas  tersebut  dengan  dedikasi,  cekap    dan
                                     bertanggungjawab.
                                 2.   Apabila  diarahkan  untuk  melaksanakan  sesuatu  tugas/  arahan  misalnya,  menghadiri
                                     mesyuarat, pergi ke Jabatan Pendidikan atau ke sekolah lain, guru hendaklah mengambil
                                     tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya
                                     tanpa kebenaran Pengetua.

                              9.  BUKU REKOD MENGAJAR
                                1.  Setiap  guru  akan  diberi  sebuah  Buku  Rekod  Mengajar  dan  bertanggungjawab  terhadap
                                   keselamatan buku tersebut. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan
                                   lengkap.  Buku  ini  hendaklah  diserahkan  ke  pejabat  pada  hari  Khamis  untuk  disemak  dan
                                   ditandatangani oleh Pengetua/ Penolong Kanan/ Guru Kanan.
                                2.  Jika  seseorang  guru  bercuti,  buku  tersebut  hendaklah  diserahkan  kepada  Penolong  Kanan/
                                   Penolong Kanan Petang.
                                3.  Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun persekolahan.


                              10.  JADUAL KEDATANGAN MURID
                                1.  Jadual kedatangan murid hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda pada setiap hari
                                   oleh  guru  tingkatan  pada  waktu  pertama.  Sekiranya  guru  tingkatan  tidak  hadir,  Penyelaras
                                   Tingkatan bertanggungjawab menandanya.
                                2.   Buku ini hendaklah sentiasa berada di pejabat.
                                3.   Guru tidak dibenarkan membawa balik Buku Jadual Kedatangan Murid.
                                4.   Alamat murid sentiasa perlu dikemaskinikan.

                              11.  KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
                                1.  Ketua  Panitia/  Guru  Kanan  hendaklah  memastikan  ada  peraturan-peraturan  mengenai
                                   penggunaan alat-alat dan bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain.


                              12.  KEBERSIHAN
                                1.  Setiap  guru  bertanggungjawab  menjaga  kebersihan  sekolah.  Jadual  giliran  bertugas    murid
                                  hendaklah  disediakan  oleh  guru  tingkatan.  Alatan  membersihkan  kelas  hendaklah  digunakan
                                  dengan rapi dan disimpan dengan selamat.
                                2.   Guru Kanan/ Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas/ tempat khas (bengkel bilik
                                  kaunseling, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut.
                                3.   Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan murid.


                              13.  SURAT-MENYURAT
                                1.  Semua surat rasmi hendaklah dikirimkan melalui Pengetua untuk disampaikan kepada pihak
                                     berkenaan.
                                2.  “Letter-head” sekolah hanya boleh digunakan dengan kebenaran Pengetua.

                              14.  PERGI KE JABATAN PENDIDIKAN/ JABATAN PENDIDIKAN DAERAH
                                1.  Guru-guru tidak dibenarkan pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan
                                     Daerah untuk urusan peribadi pada masa sekolah.
                                2.  Guru-guru perlu memakai pakaian bekerja dengan tanda nama semasa di PPD/ JPN.





                                                                                                              72
   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77