Page 73 - BUKU PENGURUSAN SMKSAC 2019
P. 73

73                                  MANUAL PENGURUSAN SMK. ST. ANNE’S CONVENT  2019


                              15.  PELAWAT
                                1. Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua/ Penolong Kanan Petang  terlebih
                                     dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual kecuali
                                  dengan kebenaran Pengetua atau wakilnya.
                                2. Semua pelawat dikehendaki menandatangani Buku Pelawat.


                              16.  PERHIMPUNAN SEKOLAH
                                1.  Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa-masa dan hari-hari
                                      yang ditetapkan.
                              17.  MESYUARAT GURU
                                1.  Dari  masa  ke  masa  Pengetua  akan  memanggil  mesyuarat  guru.  Kedatangan  semua  guru  ke
                                 mesyuarat ini adalah diwajibkan.
                                2.  Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Kanan/ Ketua Panitia.
                                3. Setiap keputusan dibuat dalam mesyuarat guru sama ada atas arahan Pengetua, guru-guru atau
                                 majoriti mesti dipatuhi oleh semua guru walaupun berlainan pendapat.


                              18.  BUKU STOK/ INVENTORI
                                1.  Guru  kanan  atau  ketua  panitia  bertanggungjawab  menguruskan  buku  stok/  inventori  dan
                                  memastikan maklumat dalam buku stok/ inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini.
                                  Buku ini akan disemak dari masa ke masa oleh Pengetua/ Penolong Kanan.

                              19.  PENGGUNAAN ALAT-ALAT
                                1.  Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan.
                                2.  Mesti mendapat kebenaran daripada Ketua-ketua bahagian atau Penjaga Stok.

                              20.  ARAHAN DAN PEKELILING.
                                1.  Setiap arahan dan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti
                                  dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.
                                2.   Sekiranya arahan dan surat pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam
                                  fail khas.
                                3.   Sekiranya  surat  pekeliling  itu  dari  Kementerian,  Jabatan  Pendidikan/  PPD  guru  hendaklah
                                  mengembalikan dengan segera ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil.
                                4.   Sekiranya guru engkar arahan pengetua tanpa alasan yang munasabah, beliau boleh dikenakan
                                  tindakan tatatertib.

                              20.  TELEFON/ FAKS
                                1.  Penggunaan telefon/faks hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru hendaklah menggunakan
                                  telefon awam atas urusan peribadi.
                                2.  Guru dikehendaki merekod panggilan yang dibuat dengan telefon sekolah.

                              21.  KUNCI
                                1.  Semua kunci mesti disimpan di pejabat.
                                2.   Kalau  ada  guru  yang  hendak  menyimpan  kunci  bilik-bilik  tertentu,  dia  mestilah  mendapat
                                  kebenaran dan Pengetua. Guru tersebut bertanggungjawab terhadap bilik tersebut sepenuhnya
                                3.   Acara atau Majlis Sekolah
                                4.  Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah.
                                5.  Jika  guru  tidak  dapat  hadir  kerana  sebab-sebab  yang  tidak  dapat  dielakkan,  beliau  mesti
                                  memberitahu pengetua terlebih dahulu






                                                                                                              73
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78