Page 45 - Modul Pendidikan Islam Prasekolah
P. 45
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF
Documents
Unlimited Pages
Complete
TAJUK: MARI BERWUDUK
AKTIVITI 7
M ASA: 30 minit
TUNJANG UTAMA: Kerohanian Sikap dan Nilai - Pendidikan Islam
STANDARD (PI 2.3.3) Melakukan wuduk dengan betul
PEMBELAJARAN:
Perkembangan Fizikal dan Estetika, , Bahasa
TUNJANG LAIN YANG Malaysia
DISEPADUKAN:
OBJEKTIF: Membasuh muka ketika berwuduk dengan betul
KONSEP UTAMA: Berwuduk itu adalah satu ibadah
ALATAN: Gambar, lembaran kerja, pensil warna.
LANGKAH PENGAJARAN:
1. Murid memulakan pembelajaran dengan bacaan doa.
2. Permainan “Salim Kata” sambil murid menunjukkan anggota :
- Mata
- Hidung
- Mulut
- Telinga
- Dahi
- Dagu
3. Guru menerangkan di antara anggota wuduk ialah muka.
Muka mesti dibasuh sambil melafaz niat dalam hati:
³Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala´
4. Guru dan murid menyebut lafaz niat dengan berulang kali
5. Murid diminta mengangkat kedua tangan dan meletakkan ke dahi , sapu
hingga menyentuh anak telinga kanan dan kiri sehingga ke dagu (aktiviti
dilakukan secara berulang).
6. Murid diminta mengadap kawan berpasangan dan menunjukkan cara
membasuh muka dengan meratakan keseluruhan kawasan muka.
37

