Page 46 - Modul Pendidikan Islam Prasekolah
P. 46
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF
Documents
Unlimited Pages
Complete
TAJUK: MARI BERWUDUK
AKTIVITI 8
M ASA: 30 minit
TUNJANG UTAMA: Kerohanian Sikap dan Nilai - Pendidikan Islam
STANDARD (PI 2.3.3) Melakukan wuduk dengan betul
PEMBELAJARAN:
TUNJANG LAIN YANG Perkembangan Fizikal dan Estetika, , Bahasa
DISEPADUKAN: Malaysia
OBJEKTIF: Membasuh tangan hingga ke siku dengan betul
KONSEP UTAMA: Bersih diri sebelum beribadah
ALATAN: Gambar, senikata lagu, lembaran kerja, pensil warna.
LANGKAH PENGAJARAN:
1. Murid memulakan pembelajaran dengan bacaan doa.
2. Guru dan murid bernasyid “Mari Berwudhuk”.
Nasyid :
Mari berwuduk (2X)
Guna air suci
Sentuh muka (2X)
Basuh rata-rata
Hulur tangan (2X)
Mula tangan kanan
Tunjuk kepala (2X)
Sapu 1 2 3
Telinga kanan telinga kiri
Sapu hati-hati
Basuh kaki (2X)
Sampai buku lali
(Irama : Bangun Pagi)
3. Guru meminta murid mengangkat kedua tangan ke hadapan, ke atas dan
letakkan ke sisi.
4. Angkat tangan kanan, gunakan tangan kiri menyapu ke siku hingga rata.
5. Angkat tangan kiri, gunakan tangan kanan menyapu ke siku hingga rata
(aktiviti dilakukan secara berulang)
6. Murid tunjuk cara membasuh tangan kanan dan menyapu rata-rata
menggunakan tangan kiri, tukar tangan kiri, gunakan tangan kanan menyapu
dengan rata.
38

