Page 55 - 17 Buku Panduan Guru Pendidikan Islam KSPK - 28 OGOS 2018
P. 55
Rekod Berterusan
Rekod berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita naratif yang dibuat ke atas
individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. GPI prasekolah
perlu mencatatkan setiap perlakuan dan pertuturan murid sepanjang tempoh
pemerhatian. Pemerhatian rekod berterusan ini dirancang berdasarkan masa, tempat,
situasi dan tingkah laku serta dilaksanakan dalam tempoh tertentu seperti Contoh 5.
Contoh 5: Rekod Berterusan
Nama murid: Amirah binti Amir Umur: 6 tahun
Pemerhati: Ustazah Norlela Kelas: Prasekolah Suria
Tarikh: 17 Mei Masa: 9.00 – 9.05 pagi
Pemerhatian Ulasan
Amirah dilantik sebagai ketua kumpulan untuk Amirah mempunyai sikap
melaksanakan aktiviti pembelajaran. Selaku kepimpinan dan adil semasa
ketua, Amirah membahagikan tugas kepada membahagikan tugasan kepada
ahli kumpulannya. ahli kumpulan.
Amirah: Siapa nak gunting gambar ni?
Balqis: Saya nak.
Qaseh: Saya nak tolong tampal.
Amirah: Ok... saya dan Balqis gunting
gambar. Qaseh dan Putri tolong
tampal.
Amirah membaca basmalah sebelum Amirah dapat mengamalkan
memulakan aktiviti dan diikuti rakan-rakannya. menyebut basmalah dan
hamdalah dalam amalan harian.
Selesai menggunting, Amirah membuang sisa
kertas ke dalam tong sampah. Kemudian, Amirah mengamalkan sifat rajin
Amirah membantu ahli kumpulannya dan bertanggungjawab.
menyelesaikan tugasan kumpulan mereka.
Amirah: Qaseh, mari saya tolong awak Amirah merupakan seorang
tampal gambar ni. yang prihatin dan boleh
bekerjasama sesama rakan.
Qaseh: Boleh, terima kasih, Amirah.
Amirah: Alhamdulillah, dah siap.
42

