Page 54 - 17 Buku Panduan Guru Pendidikan Islam KSPK - 28 OGOS 2018
P. 54

Rekod Anekdot

               Rekod anekdot ialah satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah

               laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan secara positif atau negatif untuk

               direkod. Pemerhatian tingkah laku biasanya tidak dirancang, tetapi secara kebetulan
               tingkah laku tersebut berlaku. Tiada had masa ditentukan untuk pemerhatian tingkah

               laku  ini.  Pemerhatian  juga  dilakukan  terhadap  murid  secara  individu,  walaupun
               peristiwa berlaku dalam kumpulan. Contoh 4 menerangkan contoh rekod anekdot.



                Contoh 4: Rekod Anekdot

                Nama: Iman bin Ali                            Kelas: Prasekolah Cemerlang


                Masa: 9.30 pagi                               Tarikh: 6 April

                Pemerhati: Ustazah Natapah




                               Pemerhatian                                      Ulasan


                Semasa rehat Ammar membasuh tangan  Iman seorang murid yang prihatin dan
                lalu terus duduk dan mencapai kuih untuk  peka dengan keadaan sekeliling.
                dimakan.  Iman  yang  memerhati  Ammar
                segera menegurnya.


                Iman:        Ammar, nanti dulu. Baca doa
                             dulu sebelum makan.              Iman  mengamalkan  adab  dan  doa
                                                              sebelum dan selepas makan.
                Ammar:       Ye lah. Macam mana ye doa
                             makan?

                Iman:        Jom baca doa sama-sama.


                Ammar pun membaca doa sebelum
                makan bersama-sama Iman.













                                                           41
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59