Page 51 - 17 Buku Panduan Guru Pendidikan Islam KSPK - 28 OGOS 2018
P. 51

Secara  khususnya,  pentaksiran  merangkumi  beberapa  proses  iaitu  merancang,

                membina instrumen, melaksanakan pentaksiran, merekod, menganalisis data dan
                melapor yang dibahagikan kepada tiga fasa seperti berikut:



                                Merujuk  Standard  Kandungan,  Standard  Pembelajaran  dan
                  Sebelum
                                Standard Prestasi dalam dokumen kurikulum.

                                Menentukan kaedah pentaksiran dan membina instrumen.

                                Mengenal pasti murid atau kumpulan murid yang hendak dinilai.

                  Semasa    Membuat pemerhatian secara individu atau kumpulan terhadap
                                tingkah  laku,  interaksi,  hasil  kerja  murid  dan  lain-lain  yang
                                bersesuaian.


                  Selepas       Merekod perkembangan, kemajuan, potensi, sikap dan nilai yang
                                murid  pamerkan  menggunakan  pelbagai  instrumen  seperti
                                senarai  semak,  rekod  anekdot  dan  rekod  berterusan  (rujuk
                                Lampiran 1)

                                Menganalisis dapatan pemerhatian dan hasil kerja.

                                Menentukan  tahap  penguasaan  murid  berdasarkan  Standard
                                Prestasi yang berkaitan.

                                Menyimpan rekod perkembangan murid.
                                Membuat tindakan susulan.

                                Menyediakan pelaporan tahap perkembangan murid.





                6.4 Rumusan



                Pentaksiran di prasekolah perlu dilaksanakan dengan bertanggungjawab, beretika
                dan menghormati hak kanak-kanak. Perancangan rapi membolehkan pentaksiran

                yang  dilaksanakan  memberi  manfaat  bukan  sahaja  kepada  GPI,  malah  dapat
                membantu meningkatkan perkembangan murid sebagaimana yang dihasratkan.













                                                           38
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56