Page 50 - 17 Buku Panduan Guru Pendidikan Islam KSPK - 28 OGOS 2018
P. 50

Murid perlu dimaklumkan isi pelajaran yang telah dan belum dikuasai supaya murid

                dapat  mengambil  tindakan  susulan.  GPI  juga  perlu  mengadakan  pemulihan  dan
                pengayaan bagi membantu murid dalam pembelajaran mereka.


                Maklumat perkembangan murid adalah sulit dan perlu digunakan untuk membantu

                murid dalam pembelajaran dan bukan untuk membuat perbandingan antara murid.

                Maklumat ini juga perlu dimaklumkan kepada GPI prasekolah dan ibu bapa/penjaga.
                GPI  boleh  berbincang  dengan  GPI  prasekolah  dan  ibu  bapa/penjaga  tentang

                tindakan  susulan  yang  perlu  diambil  bagi  membantu  murid  dalam  pembelajaran
                mereka.



                6.3 Pelaksanaan Pentaksiran



                Perancangan  rapi  dapat  memastikan  pelaksanaan  pentaksiran  lancar  dan
                berkesan. Oleh itu, GPI perlu merancang dan melaksanakan pentaksian mengikut

                perancangan yang dibuat.  Panduan dalam Rajah 6 berikut boleh membantu GPI

                untuk merancang dan melaksanakan pentaksiran di prasekolah.



                           Bekerjasama dengan guru prasekolah dan PPM




                               Menentukan instrumen dan kaedah pentaksiran




                                 Melaksanakan pentaksiran dengan mengambil kira hak kanak-kanak




                               Merekod dan menganalisis maklumat pentaksiran




                           Menyedia dan menyerahkan laporan pentaksiran kepada guru prasekolah



                         Rajah 6: Panduan Umum Pelaksanaan Pentaksiran di Prasekolah







                                                           37
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55