Page 53 - Buku Garis Panduan Pengurusan Prasekolah
P. 53

41



                                                                       GARIS PANDUAN
                                                                   PENGURUSAN PRASEKOLAH


             15. KESELAMATAN
                  15.1 Murid
                        a. Ibu bapa/penjaga perlu memastikan murid dihantar dan dijemput pulang
                           seperti yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
                        b. Ibu  bapa/penjaga  sahaja  diberikan  kebenaran  untuk  mengambil  murid
                            semasa sesi persekolahan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Pihak
                           sekolah perlu mendapat pengesahan daripada ibu bapa/penjaga sekiranya
                           mewakilkan kepada orang lain.
                        c. Guru  sentiasa  peka  dengan  perubahan  fizikal  murid  berkaitan  dengan
                           penyakit berjangkit, penderaan, kecederaan dan perubahan tingkah laku serta
                           arahan tahap perkembangan kesihatan semasa.
                        d. Murid prasekolah dilindungi Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (STPSM).


                  15.2 Fizikal
                        Mengamalkan  dan  membudayakan  konsep  3K  (Keselamatan,  Kesihatan  dan
                          Keceriaan) yang dapat membantu aspek pembelajaran dan pengajaran.
                        a. Memastikan bangunan prasekolah berada dalam keadaan selamat.
                        b. Pintu keluar hendaklah tidak dihalang atau dikunci sewaktu sesi persekolahan.
                        c. Memastikan alat pepasangan keselamatan kebakaran berada dalam keadaan
                           baik dan berfungsi.
                        d. Memantau, memeriksa, menyelia serta mendapatkan kerjasama daripada
                           agensi lain yang berkaitan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat/Pihak
                           Berkuasa  Tempatan/Jabatan  Kerja  Raya/Angkatan  Pertahanan  Awam
                           Malaysia dan lain-lain agensi yang berkaitan.
                        e. Pemantauan berkala perlu dilakukan oleh pihak sekolah/institusi.


                        Nota: Rujuk SPI Bil. 6/2000 dan Bil. 4/2002.

                  15.3 Ruang Pengajaran dan Pembelajaran
                        a. Peralatan/perabot hendaklah sentiasa berada dalam keadaan selamat dan
                           sesuai.
                        b. Memastikan peralatan tajam dan berbahaya disimpan di tempat yang selamat
                           selepas aktiviti PdP.
                        c. Memastikan semua sambungan peralatan elektrik tidak melebihi kapasiti yang
                           dibenarkan, berada di tempat yang sesuai dan sukar dicapai oleh murid.
                        d. Peti pertolongan cemas yang lengkap tidak boleh mengandungi ubat yang
                           dipreskripsi serta tidak melebihi tarikh luput dan berada di tempat yang sesuai.
                        e. Memastikan keadaan fizikal, pengudaraan dan pencahayaan adalah baik
                           untuk murid.


                  15.4 Taman Permainan
                        a. Memastikan semua alat permainan luar selamat dan berfungsi.
                        b. Memastikan alatan yang rosak dibuat pelupusan dan memohon penggantian.
                        c. Memastikan kawasan taman permainan bebas daripada bahaya termasuk
                           tiada tumbuhan yang memudaratkan.
                        d. Pembersihan berkala perlu dilakukan.
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58