Page 55 - Buku Garis Panduan Pengurusan Prasekolah
P. 55

43



                                                                       GARIS PANDUAN
                                                                   PENGURUSAN PRASEKOLAH


                        d. Penyimpanan bahan kering dan basah secara berasingan di tempat yang
                           sesuai.
                        e. Peralatan di ruang penyediaan makanan mesti dalam keadaan bersih, selamat
                           dan berfungsi.
                        f. Sisa  pada  bekas  atau  botol  perlu  dibersihkan  dan  ditutup  rapi  sebelum
                             disimpan.
                        g. Rak penyimpanan makanan mesti dalam keadaan bersih dan dilabelkan.

                  16.4 Tandas
                        a. Tandas sentiasa dalam keadaan bersih, selamat dan berfungsi.
                        b. Tandas dipam selepas digunakan.
                        c. Pintu tandas sentiasa ditutup dan mudah dibuka.
                        d. Lantai sentiasa dalam keadaan bersih dan kering.
                        e. Pili air ditutup selepas digunakan.
                        f. Bahan pencuci tangan disediakan.
                        g. Alat dan bahan pencuci perlu disimpan di tempat yang sesuai.

             17.  KEAHLIAN PIBG BAGI IBU BAPA/PENJAGA MURID PRASEKOLAH
                  Berdasarkan  seksyen  15  Akta  550  pendidikan  prasekolah  diasingkan  daripada
                   peringkat pendidikan lain dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Peraturan 2 P.U(A)
                  118/1998 dengan jelas menyatakan pemakaiannya kepada sekolah kerajaan dan
                  sekolah bantuan kerajaan. Oleh itu memandangkan tadika bukan sebahagian daripada
                  sekolah, maka P.U (A) 118/1998 tidak terpakai kepada prasekolah atau tadika dan
                  ibu bapa murid prasekolah atau tadika tidak boleh mengganggotai PIBG di sesebuah
                  sekolah.


                  Sehubungan itu sekiranya ibu bapa murid prasekolah atau tadika digalakkan untuk
                   menjadi  anggota  PIBG  di  sesebuah  sekolah  mengikut  sub  peraturan  4(2)  P.U  (A)
                  118/1998  boleh  diguna  pakai.  Walau  bagaimanapun  keanggotaan  PIBG  di
                  bawah sub peraturan ini adalah tidak secara automatik tetapi atas permohonan ibu
                  bapa/penjaga murid  berkenaan tertakluk kepada budi bicara Pegawai Pendidikan
                  Daerah/Pegawai  Pendidikan Bahagian/Pendaftar.

                  Proses permohonan keahlian adalah merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4 Tahun
                  2004 Perlembagaan Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) Panduan Permohonan Menjadi
                  Anggota Persatuan Ibu Bapa-Guru di bawah subperaturan 4(2) Peraturan-Peraturan
                    (Persatuan Ibu Bapa-Guru) 1998.
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60