Page 54 - Buku Garis Panduan Pengurusan Prasekolah
P. 54

42



                                            GARIS PANDUAN
                                            PENGURUSAN PRASEKOLAH


                  15.5 Ruang Penyediaan Makanan
                        a. Susunan peralatan hendaklah sentiasa kemas, bersesuaian dengan ruang dan
                           tidak menghalang laluan.
                        b. Ruang pengaliran udara seperti tingkap hendaklah sentiasa dibuka semasa
                           memasak.
                        c. Peralatan  yang  tajam  disimpan  di  tempat  yang  selamat  selepas  aktiviti
                           memasak.
                        d. Kepala penutup tong gas dan salur getah gas hendaklah sentiasa diperiksa
                           bagi mengesan kebocoran.
                        e. Kepala penutup tong gas hendaklah ditanggalkan selepas digunakan.
                        f. Peralatan  elektrik  hendaklah  berada  dalam  keadaan  baik  dan  selamat
                             digunakan.
                        g. Alat pemadam api hendaklah bersesuaian, berfungsi dan diselenggara secara
                           berkala (sekurang-kurangnya satu kali setahun).


                  15.6 Generator
                        a. Generator hendaklah ditempatkan di ruang/lokasi khusus dan berasingan.
                        b. Barang/bahan berkaitan termasuk bahan mudah terbakar hendaklah disimpan
                           di dalam stor dengan teratur dan dilabel.
                        c. Pemeriksaan berkala perlu dilakukan.


                  15.7 Bekalan Air
                        Perigi/tangki hendaklah sentiasa bertutup dan dimasukkan ubat pembunuh jentik-
                        jentik mengikut sukatan yang ditetapkan.

             16. KEBERSIHAN DAN KECERIAAN
                  16.1 Fizikal
                        a. Kelas prasekolah hendaklah sentiasa bersih, kemas, ceria dan selamat.
                        b. Longkang sentiasa dicuci dan dibersihkan.
                        c. Rumput sentiasa dipotong secara berkala.
                        d. Kawasan  persekitaran  hendaklah  bebas  daripada  pembiakan  nyamuk,
                           makhluk perosak dan haiwan berbisa.

                  16.2 Ruang Pengajaran dan Pembelajaran
                        a. Mewujudkan pusat pembelajaran berdasarkan KPK
                        b. Ruang PdP serta peralatan perlu dalam keadaan bersih dan selamat untuk
                             digunakan.
                        c. Setiap ruang di dalam kelas prasekolah hendaklah dalam keadaan ceria dan
                           kondusif
                        d. Susun atur peralatan hendaklah sentiasa kemas, menarik dan selamat.
                        e. Lantai hendaklah sentiasa bersih dan selamat.

                  16.3 Ruang Penyediaan Makanan
                        a. Peralatan memasak, pinggan mangkuk dan cawan/gelas murid dibersih dan
                           dikeringkan sebelum disimpan.
                        b. Lantai dan tingkap sentiasa dicuci/dilap dengan menggunakan cecair pencuci.
                        c. Tong sampah sentiasa beralas, bertutup dan bersih.
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59