Page 51 - Buku Garis Panduan Pengurusan Prasekolah
P. 51

39



                                                                       GARIS PANDUAN
                                                                   PENGURUSAN PRASEKOLAH


                           pengukuran seragam/setara,
                        b. Belum ada piawai tunggal mengukur tahap kualiti prasekolah di Malaysia,
                        c. Menaraf standard kendiri dan merancang penambahbaikan.

                  14.3 Instrumen
                        Instrumen  SKPK  ditadbir  secara  dalam  talian  untuk  menilai  kualiti  Program
                         Pendidikan Prasekolah di Malaysia yang ditawarkan oleh pelbagai agensi seiring
                        dengan Visi dan Misi Pendidikan negara menggunakan kriteria, petunjuk dan
                         instrumen  yang  sah  dan  setara.  Instrumen  ini  dibina  untuk  mengukur  kualiti
                        prasekolah menerusi sistem SKPK. Sistem ini merupakan satu sistem standard yang
                        digunakan  untuk  merekodkan  dan  mengira  skor  setiap  dimensi  kualiti  yang
                          terdapat dalam SKPK.


                        SKPK mengandungi lima dimensi kualiti iaitu:
                        a. Dimensi Kualiti Tadbir Urus;
                        b. Dimendi Kualiti Guru dan Pembantu Guru/Pembantu Pengurusan Murid;
                        c. Dimensi Kualiti Kurikulum;
                        d. Dimensi Kualiti Interaksi Prasekolah – Ibu Bapa/Penjaga; dan
                        e. Dimensi Kualiti Kesihatan, Pemakanan dan Keselamatan.

                        Setiap  dimensi  kualiti  mengandungi  beberapa  item  yang  terkandung  dalam
                         Petunjuk  Objektif  dan  Petunjuk  Subjektif,  kecuali  Dimensi  Kualiti  Guru  dan
                          Pembantu Guru/PPM mengandungi item Petunjuk Objektif sahaja.

                  14.4 Pengoperasian
                        Pihak  institusi  hendaklah  melaksanakan  perkara  berikut  dalam  pelaksanaan
                          penarafan kendiri institusi SKPK (PKI-SKPK):
                        a. memastikan Jawatankuasa Prasekolah ditubuhkan dan berperanan secara
                           kolektif dalam penetapan skor PKI-SKPK;
                        b. memuat turun manual penggunaan, instrumen dan Panduan Deskripsi Skor
                           SKPK;
                        c. meneliti dan memahami kandungan instrumen dan Panduan Deskripsi Skor
                           SKPK secara terperinci dan menyeluruh;
                        d. mengumpul segala bukti bagi setiap item yang dinilai dengan menyediakan
                           dokumentasi yang lengkap dan kemas kini untuk rujukan;
                        e. menentukan skor secara kolektif bagi setiap item dalam dimensi kualiti merujuk
                           kepada data, situasi sebenar dan berpandukan Panduan Deskripsi Skor SKPK;
                        f. mengisi skor PKI-SKPK secara dalam talian melalui portal SMPK; dan
                        g. menyediakan rumusan PKI-SKPK dengan menyatakan kekuatan, kelemahan
                           dan isu untuk tujuan penambahbaikan.
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56