Page 288 - KOMPILASI PBL (PROJECT-BASED LEARNING) VERSI PKP PPD TAWAU
P. 288

Soalan Kandungan               8. Bagaimana British memerintah melalui Malayan
                                           Union di Tanah Melayu dan pemerintahan Brooke di
                                           Sarawak?
                                           9.Mengapa penduduk tempatan melakukan
                                           penentangan ke atas pemerintahan Malayan Union?
                                           10.Mengapa berlaku gerakan penentangan ke atas
                                           penyerahan Sarawak kepada kerajaan British oleh
                                           Brooke?
                                           11.Bagaimana cara penentangan penduduk
                                           tempatan ke atas British?
                                           12.Jelaskan proses penyerahan Sarawak oleh
                                           Brooke.
                                           13.Terangkan kesan peralihan kuasa British di  negara
                                           kita ke atas sistem pentadbiran negara kita.
                                           14.Bagaimanakah kita boleh memelihara kedaulatan
                                           dan maruah bangsa negara kita daripada anasir  luar
                                           pada masa hadapan?
                                            Proses Pembelajaran
            Fasa Perancangan               • Perbincangan dengan pelajar melalui talian
                                             whatsup/telegram dan video call.
                                           • Guru akan berkongsi bahan panduan PBL dan
                                             deksripsi tugasan kepada pelajar sasaran.
                                           • Sedia takwim untuk menjadi panduan dan
                                             jangkawaktu masa pelaksanaan,
                                           • Perbincangan pelajar dengan ahli keluarga/guru
                                             untuk mereka membuat keputusan menentukan
                                             produk PBL.
                                           • Mengumpul maklumat daripada pelbagai bahan /
                                             sumber berpandukan rubrik penskoran guru.
            Fasa Pelaksanaan               • Daripada maklumat dan info yang dikumpul,  pelajar
                                             mula mencipta produk dan yang berkaitan  samada
                                             individu atau dengan bantuan ahli  keluarga.
                                           • Setiap proses pelaksanaan akan dibuktikan oleh
                                             pelajar melalui rakaman gambar.
                                           • Pelajar mengisi borang penskoran kendiri dan
                                             ditunjuk kepada guru tujuan perbincangan.
                                           • Pelajar akan membuat penambahbaikan
                                             berdasarkan perbincangan dengan guru, dan
                                             dibuat dalam skop masa yang ditetapkan awal
                                             dalam takwim.

            Fasa Penilaian                 • Pelajar menghasilkan produk dalam bentuk
                                             maujud, sesuai dengan perancangan dan
                                             perbincangan awal.
                                           • Pelajar membentangkan produk dalam bentuk
                                             rakaman video.
                                           • Pelajar membuktikan hasil adalah kerja tangan
                                             mereka sendiri atau dengan bantuan ahli
                                             keluarga.

                                                                                                 288
   283   284   285   286   287   288   289   290   291   292   293