Page 87 - BUKU PENGURUSAN SK TAMAN DATO HARUN (SATU) 2022_2023_COMPLETE
P. 87
7.3 membuat anggaran yang tepat untuk tahun berikutnya;
7.4 mengisi borang maklumat berkomputer dan menghantar mengikut jadual.
8. Pengedaran:
8.1 menentukan tarikh pengedaran;
8.2 mengedarkan buku teks;
8.3 mengesan kelancaran pengedaran;
8.4 mendapatkan borang daripada murid yang baru masuk/bertukar sekolah;
8.5 mengedarkan buku kepada murid-murid yang baru masuk;
8.6 memastikan borang SPBT telah dihantar ke sekolah pelajar yang bertukar;
8.7 memastikan guru kelas telah mengagihkan buku pinjaman kepada semua murid yang layak;
8.8 memastikan guru kelas telah melengkapkan borang pinjaman SPBT/Borang G mengikut jadual.
9. Pengurusan Rekod dan Dokumen:
9.1 menyelenggarakan fail yang kemaskini mengikut jenis;
9.2 rekod buku stok yang kemaskini (mengikut kelas);
9.3 senarai tugas guru ± pengedaran/pengumpulan;
9.4 menyimpan rekod, hapus kira, rosak atau hilang.
10. Pengurusan Keselamatan Buku:
10.1 memastikan ada bilik khas SPBT (BOSS);
10.2 mengurus bilik BOSS;
10.3 membuat peraturan penggunaan bilik BOSS;
10.4 peraturan mengedarkan ke sekolah lain;
10.5 memastikan pelajar membalut buku SPBT dengan plastik.
11. Pengurusan Pemulangan Buku:
11.1 menentukan tarikh pemulangan mengikut kelas;
11.2 menyediakan senarai nama guru bertugas mengikut tarikh/kelas;
11.3 melaporkan kepada Guru Besar/Penolong Kanan HEM tentang proses pemulangan:
11.3.1 peratus dan jumlah rosak/hilang
11.3.2 guru bertugas
11.3.3 hapus kira
11.3.4 kekurangan/lebihan.
12. Pengurusan Stok dan Inventori:
12.1 surat-menyurat kepada Biro Buku Teks dan Jabatan Pelajaran Negeri;
12.2 menyimpan invois, bil dan pengesahannya;
12.3 melengkapkan buku stok dan menyimpan dokumen dengan teratur dan selamat;
12.4 mengemaskini inventori SPBT;
12.5 mengisi borang maklumat kekurangan/lebihan buku ke PPD.
13. Cadangan Buku Bacaan Tambahan:
13.1 mendapatkan maklumat daripada Ketua Panitia/Guru Kanan Mata Pelajaran;
13.2 merekodkan dan menyimpan buku-buku bacaan tambahan;
13.3 memaklumkan kepada Guru Besar/Penolong Kanan HEM.
14. Menyediakan senarai buku teks bagi setiap kelas untuk diedarkan kepada pelajar yang tidak mendapat
pinjaman buku teks (jika perlu).
15. Mengadakan mesyuarat AJK sekurang-kurangnya 3 kali setahun.

