Page 91 - BUKU PENGURUSAN SK TAMAN DATO HARUN (SATU) 2022_2023_COMPLETE
P. 91
(H) DATA MURID
Pengerusi : En. Musa b. Mohd Walid (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi (Q 0RKG +L]ZDQ E &KH µ2QQ (PK HEM)
Naib Pengerusi 1 : En. S Ardi b. Hanadi (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Heng Siew Bee (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 3 : Pn. Nur Junita bt. Abdul Latif (PK Petang)
Penyelaras : En. Mohd Zulkhaire b. Mamat
Penolong Penyelaras : Cik Nor Aina bt. Zulkefli
Ahli-ahli : Guru Kelas Tahun 1- Tahun 6
PENGENALAN:
Modul Pengurusan Murid (MPM) adalah penjenamaan baru bagi Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). Ianya
merupakan aplikasi yang berfokus kepada sistem satu pangkalan data tunggal bagi semua murid-murid di seluruh
negara yang bertujuan untuk mengurangkan beban tugas guru. Aplikasi ini akan dapat mengelakkan guru-guru
melakukan kemasukan data berulang kali dalam pelbagai sistem yang dibangunkan oleh pelbagai pihak di
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pangkalan data tunggal bagi murid ini akan digunasama oleh pelbagai
sistem yang dibangunkan oleh pelbagai pihak di KPM pada masa akan datang.
e-KEHADIRAN
Salah satu fungsi APDM adalah untuk mengesan kehadiran murid ke sekolah secara dalam talian. Guru kelas
perlu memastikan kehadiran murid dalam sistem ini setiap hari.
SENARAI TUGAS:
1. Guru kelas hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya kepada data dan maklumat murid, ibu bapa/ penjaga
dan maklumat-maklumat lain yang terkandung di dalam APDM.
2. Guru kelas perlu mengemaskini semua data dan maklumat murid yang berada di dalam kelasnya dari masa
ke semasa.
3. Guru kelas bertanggungjawab terhadap kesahan dan kebolehpercayaan data dan maklumat murid di dalam
kelasnya. Sebarang manipulasi data dan maklumat murid di dalam kelasnya adalah di bawah tanggungjawab
guru kelas berkenaan.
4. Mencetak pelaporan bulanan kehadiran.

