Page 92 - BUKU PENGURUSAN SK TAMAN DATO HARUN (SATU) 2022_2023_COMPLETE
P. 92

(I)   SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK/JAMUAN KELAS TAHUNAN

               Pengerusi             : En. Musa b. Mohd Walid                   (Guru Besar)
               Timbalan Pengerusi      (Q  0RKG +L]ZDQ E  &KH µ2QQ              (PK HEM)
               Naib Pengerusi 1      : En. S Ardi b. Hanadi                            (PK Pentadbiran)
               Naib Pengerusi 2      : Pn. Heng Siew Bee                        (PK Kokurikulum)
               Naib Pengerusi 3      : Pn. Nur Junita bt. Abdul Latif           (PK Petang)

               Penyelaras            : Pn. Yasmin bt. Abdul Jalil
               Penolong               : En. Mohd Faizul b. Razali
               Ahli-ahli                   : Semua Guru Kelas Tahun 1 - Tahun 6

               PENGENALAN:

               Di Malaysia, Sambutan Hari Kanak-Kanak disambut pada hari Sabtu Minggu keempat di bulan Oktober pada setiap
               tahun. Ia bertujuan untuk meraikan dan menghargai kanak-kanak disamping kesedaran terhadap memelihara isu,
               hak, masa depan, perlindungan dan kebajikan kanak-kanak di Malaysia.

               Program Sambutan Hari Kanak-Kanak di Malaysia ada di anjurkan di sekolah. Setiap tahun program ini akan diatur
               dan dirancang di dalam Takwim Persekolahan. Ia merupakan salah satu program yang dikhaskan untuk meraikan
               peranan dan sumbangan kanak-kanak di sekolah.

               Disamping itu, terdapat pengisian-pengisian program yang boleh mencungkil bakat kanak-kanak, meningkatkan
               perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi fizikal dan mental serta dapat menjaga dan meningkatkan
               hubungan silaturrahim di antara kanak-kanak (murid), pihak sekolah dan para ibubapa.

               OBJEKTIF:
               1. Memilih tokoh kanak-kanak peringkat sekolah sebagai satu perangsang untuk meningkatkan kecemerlangan
                   dalam semua aspek.
               2. Menanam dan menyuburkan kesedaran murid-murid tentang hak-hak mereka, serta memberikan
                   kegembiraan kepada kanak-kanak yang bakal mewarisi dunia kelak.


               SENARAI TUGAS:
               Menubuhkan AJK dan merangka aktiviti program yang boleh dianjurkan oleh pihak sekolah bagi meraikan murid-
               murid untuk Program Sambutan Hari Kanak-Kanak ini seperti persembahan pentas, pakaian beragam,
               sukaneka, majlis hari jadi, tukar-tukar hadiah, jamuan dan sebagainya.
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97