Page 90 - BUKU PENGURUSAN SK TAMAN DATO HARUN (SATU) 2022_2023_COMPLETE
P. 90
1.6 LAPORAN SEGERA kes aduan mengikut tempoh 1 : 3 : 7 kepada Pejabat Pelajaran Daerah (1 hari
laporan awal, 3 hari laporan lengkap, 7 hari kes dianggap selesai).
2. JK KEBERSIHAN
2.1 Melaksanakan aktiviti-aktiviti khas Program 3K:
2.1.1 Gotong-Royong Perdana KPM.
2.1.2 Penyelenggaraan Tandas Sekolah.
2.2 Bekerjasama dengan Jawatankuasa PIBG merancang dan melaksanakan program keceriaan kelas.
2.3 Melukis mural di tembok/dinding bangunan.
2.4 Mengadakan Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas.
2.5 Mengumumkan pemenang mingguan Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas.
2.6 Menyediakan dan menyampaikan sijil pemenang Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas
setiap bulan semasa perhimpunan rasmi sekolah.
3. JK KESIHATAN
3.1 Bertanggungjawab sepenuhnya berkaitan kesihatan / insuran murid.
3.2 Menguruskan tuntutan insuran murid yang memerlukan.
3.3 Menguruskan program kesihatan seperti pemeriksaan gigi oleh Klinik Kesihatan.
3.4 0HPDVWLNDQ NRWDN µ)LUVW $LG¶ PHQFXNXSL GDQ OHQJNDS GDQ GLWHPSDWNDQ GL WHPSDW-tempat tertentu
seperti di pejabat, makmal/bilik Sains, bengkel/bilik Kemahiran Hidup.
3.5 Memilih dan melatih ahli kuiz kesihatan bagi mewakili sekolah.
3.6 Mendapatkan maklumat tahap kesihatan murid yang mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit
kronik dan memaklumkan kepada semua guru (terutama guru Pendidikan Jasmani).
3.7 Membuat pemantauan di kawasan sekolah memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk.
3.8 Menyediakan laporan Aedes dan dihantar ke PPD setiap bulan.
3.9 Mengadakan kempen kesedaran seperti ceramah dan tayangan berkaitan penyakit denggi.
3.10 Menguruskan kehadiran pegawai unit kawalan penyakit ke sekolah.
3.11 Melaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah jika ada wabak penyakit berjangkit yang melanda
murid sekolah.
4. JK KESELAMATAN
4.1 Merancang dan melaksanakan program keselamatan sepanjang tahun.
4.2 Menyediakan papan maklumat untuk memberitahu pelawat supaya mendapat kebenaran Guru Besar
sebelum berurusan di sekolah.
4.3 Mendapatkan kerjasama pihak pengawal untuk mengawal keselamatan sepanjang tahun.
4.4 Meletakkan tanda amaran µ%$+$<$¶ DWDX µ.$:$6$1 /$5$1*$1¶ GL WHPSDW- tempat yang
merbahaya.
4.5 Memastikan setiap bilik-bilik khas mempunyai carta peraturan keselamatan.
4.6 Memastikan setiap kelas dan bilik-bilik khas mempunyai Pelan Kawad Kecemasan.
4.7 Mengadakan latihan kebakaran sekurang-kurangnya setahun dua kali.
4.8 Menetapkan laluan tertentu untuk murid bagi mengelakkan kemalangan/kesesakan.
4.9 Membuat pemantauan berkala bagi memastikan semua suis, alat elektrik dan pendawaian selamat.
4.10 Memastikan alat pemadam api dalam keadaan baik, berfungsi dan mencukupi.
4.11 Menyediakan pelan laluan pergerakan terarah atau sehala. Tanda penjarakan diletakkan untuk
memandu arah pergerakan murid dalam kawasan sekolah (SOP Covid).

