Page 57 - Panduan Guru dan Murid Penggunaan Buku Teks BM T4 1SVM
P. 57

•  Condong ditumpil, lemah dianduh. (hal.157)
                       Maksud: Orang yang dalam kesusahan wang (akal dan lain-lain) diberi pertolongan.


               TEMA 12 : ASLI DAN KONTEMPORARI

                   •  Air tangan. (hal.166)
                       Maksud: Masakan seseorang.


               TEMA 13: SEGALANYA BERMULA DISINI

                   •  Membuka mata / Buka mata. (hal.180)
                       Maksud: (i) Melihat dan meluaskan pandangan. (ii) Menyedarkan atau menginsafkan orang lain.


               TEMA 14 : SIHAT DAN BERSIH PILIHANKU

                   •  Panas baran (hal. 198) .
                       Maksud: Cepat marah.

                   •  Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. (hal.199)
                       Maksud: Berhati-hati apabila bercakap kerana ditakuti akan menyinggung perasaan orang lain.


               TEMA 15 : ANGIN PERUBAHAN MEMBADAI

                   •  Ambil kira. (hal.207)
                       Maksud: Mempertimbangkan.


               TEMA 16 : DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN

                   •  Malang tidak berbau. (hal.220)
                       Maksud: Keadaan yang tidak dapat diketahui sebelumnya.

                   •  Anak buah. (hal.224)
                       Maksud: Orang yang termasuk dalam sesuatu keluarga / Orang yang termasuk dalam sesuatu
                       pasukan / Pekerja di bawah jagaan kita.

                   •  Anak bongsu. (hal.224)
                       Maksud: Anak yang paling muda dalam keluarga.

                   •  Alah membeli, menang memakai. (hal.232)
                       Maksud: Walaupun terasa berat membeli sesuatu barang yang mahal harganya tetapi barang itu
                       bermutu dan tahan lama.

                   •  Membaca jambatan ilmu. (hal.232)
                       Maksud: Amalan membaca dapat membantu kita menambahkan pengetahuan.

                                                                                           57 | azanablatif@gmail.com
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62