Page 59 - Panduan Guru dan Murid Penggunaan Buku Teks BM T4 1SVM
P. 59

CONTOH PERIBAHASA BERDASARKAN TEMA



               KESIHATAN DAN KEBERSIHAN

                   •  Sudah terhantuk baru tengadah ( Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat )
                   •  Ingat sebelum kena, beringat sebelum habis ( Selalu berhati-hati supaya tidak tertipu atau kehabisan
                      harta )
                   •  Mencegah lebih baik daripada mengubati ( Menghalang penyakit lebih baik daripada mengubati
                      penyakit )
                   •  Sediakan payung sebelum hujan ( Berwaspada dahulu sebelum mendapat sesuatu bencana )
                   •  Kebersihan sebahagian daripada iman ( Kesempurnaan seseorang mukmin selepas beriman kepada
                      Allah ialah menjaga kebersihan )
                   •  Badan sihat minda cerdas ( Kesihatan yang baik membolehkan seseorang melahirkan idea yang
                      bernas )
                   •  Nasi sudah menjadi bubur ( Sudah terlanjur, tidak dapat diubah lagi )
                   •  Batu penghalang ( Rintangan atau halangan )
                   •  Hendak  seribu  daya  tak  hendak  seribu  dalih  (  Jika  kita  hendak  melakukan  sesuatu,  kita  akan
                      menyempurnakannya dengan sedaya upaya kita dan demikian juga sebaliknya )


               Contoh Penggunaan Peribahasa Mengikut Konteks:

               a.  Peribahasa: Sudah terhantuk baru tengadah
                   Maksud: Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat
                   Perkaitan  dengan  tema  atau  isu:  Setelah  seseorang  menghidap  pelbagai  penyakit  akibat
                   mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat, barulah mereka mula mengamalkan gaya hidup yang sihat
                   untuk mengatasi masalah tersebut.

               b.  Peribahasa: Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
                   Maksud: Jika kita hendak melakukan sesuatu, kita akan menyempurnakannya sedaya upaya kita dan
                   demikian juga sebaliknya.
                   Perkaitan  dengan  tema  atau  isu:  Sekiranya  kita  ingin  hidup  sihat  dan  tidak  menghidap  apa-apa
                   penyakit, maka kita akan mengambil pelbagai langkah agar sentiasa sihat. Sekiranya kita tidak mahu
                   hidup sihat, kita tidak akan berusaha menjaga kesihatan dan akan memberikan pelbagai alasan.











                                                                                           59 | azanablatif@gmail.com
   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64