Page 60 - Panduan Guru dan Murid Penggunaan Buku Teks BM T4 1SVM
P. 60
Antara Kaedah Pengajaran Peribahasa
1. Kaedah konteks, iaitu berdasarkan konteks dalam ayat dan dilanjutkan penggunaannya dalam ayat
yang bebas.
2. Kaedah latih tubi berdasarkan situasi, simulasi, main peranan, sumbang saran atau boneka. Bukan
teknik menghafal.
3. Pengamatan tentang pertalian antara benda-benda yang dibandingkan dalam peribahasa.
4. Guru menggunakan buku nota tatabahasa sebagai alat mencatatkan peribahasa terpilih dan
membina ayat berdasarkan peribahasa tersebut.
5. Pelajar membaca petikan yang mengandungi peribahasa dan guru menanya peribahasa dan
berbincang mengenainya.
6. Kaedah lakaran, yakni guru menggunakan lakaran tertentu di atas kad, papan tulis dan model.
7. Kaedah meramal, iaitu murid dilatih berfikir untuk mencari simpulan bahasa berdasarkan objek
seperti kaki, tangan, ( Cth. kaki > bangku, kaki > ayam ).
8. Kaedah mengisi tempat kosong, iaitu melengkapkan petak dengan huruf yang sesuai bagi
membentuk peribahasa. Murid digalakkan berbincang untuk tujuan tersebut.
9. Kaedah teka silang kata.
10. Berdasarkan lagu atau imej ( Cth. lagu Ayam, lagu Batu ).
11. Penilaian tentang ketepatan perumpamaan dalam konteks.
60 | azanablatif@gmail.com

