Page 45 - Modul Impresif Pantai Kasih Tingkatan 4 (1SVM)
P. 45

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN NOVEL KLON SPM / SVM


               Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin.

               a.   Jelaskan tema yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam novel tersebut.

                              Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Tema novel Pantai Kasih
                   ialah ketabahan seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan dan konflik dalam kehidupannya. Hal
                   ini terbukti apabila Doktor Raiha tabah menghadapi kematian anak perempuan tunggalnya, Rohayu yang
                   menghidapi sindrom Down.
                              Selain itu, Doktor Raiha tabah menghadapi bantahan ayahnya  yang tidak bersetuju dengan cita-
                   citanya ingin menjadi pakar bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha tidak meneruskan niat untuk menjadi pakar
                   bedah sepertinya kerana beranggapan bahawa tugas sebagai seorang pakar bedah hanya mampu dilakukan
                   oleh orang lelaki sahaja yang tahan dari segi fizikal dan mental.
                              Seterusnya Doktor Raiha tabah menghadapi pergolakan rumah tangga apabila suaminya, Doktor
                   Sadiz memaksa menggugurkan kandungan dan  tidak mahu menceraikannya supaya Doktor Raiha terus
                   terseksa.

               b.   Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam novel yang anda pelajari.

                              Novel  yang  saya  pelajari  ialah  novel  Pantai  Kasih  karya  Azmah  Nordin.  Terdapat  banyak
                   persoalan yang ingin disampaikan dalam novel tersebut. Antaranya ialah persoalan kasih sayang seorang
                   ibu terhadap anaknya. Contohnya, Doktor Raiha begitu sayang akan anak tunggalnya, Rohayu atau Ayu
                   walaupun anaknya itu menghidap sindron Down dan tidak sanggup Ayu dihantar ke Pusat Rawatan Khas bagi
                   kanak-kanak sindrom  Down oleh suaminya.  Doktor.  Raiha juga berasa amat sedih atas kematian tragis
                   anaknya yang disambar api dalam kebakaran kereta mewah milik suaminya.
                              Selain itu terdapat juga persoalan kepentingan diri melebihi kepentingan masyarakat. Hal ini
                   terbukti  apabila  Doktor  Uwang  lebih  mengutamakan  keuntungan  daripada  perniagaan  perubatan  yang
                   diceburinya  berbanding  dengan  kesusahan  yang  dihadapi  oleh  keluarga  pesakit  untuk  membiayai  kos
                   rawatan. Sebagai contoh, Doktor Uwang tidak menghiraukan kesusahan pesakitnya Unong Siron asalkan
                   berkemampuan mendapatkan rawatan.
                              Seterusnya,  persoalan  sikap  berani  mengaku  kesalahan.  Sebagai contoh, Felicia  Landosi
                   mengakui kesalahannya yang terlibat dalam tragedi malang sehingga meragut nyawa anak perempuan Doktor
                   Raiha. Dia meminta maaf kerana terpaksa merahsiakannya daripada pengetahuan Doktor Raiha.

               c.   Jelaskan dua persoalan kasih sayang yang terdapat dalam novel tersebut.

                              Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Antara persoalan kasih
                   sayang yang terdapat dalam novel tersebut ialah persoalan kasih sayang ibu terhadap anak. Contohnya,
                   Doktor  Raiha  membesarkan  Rohayu  dengan  penuh  kasih  sayang  dan  melarikan  diri  bersama  anaknya,
                   Rohayu kerana tidak sanggup berpisah dengan anaknya itu yang akan dihantar ke Pusat Rawatan untuk
                   kanak-kanak sindrom Down.
                              Persoalan kasih sayang yang seterusnya ialah persoalan kasih sayang rakan terhadap rakan.
                   Doktor Raiha menumpangkan  Felicia Landosi ketika Felicia masih belum memiliki kenderaan sendiri dan
                   sedia memaafkan kesalahan Felicia yang terlibat dalam tragedi kematian Ayu.

               d.   Jelaskan dua persoalan tanggungjawab yang terdapat dalam novel tersebut.

                              Novel  yang  saya  pelajari  ialah  novel  Pantai  Kasih  karya  Azmah  Nordin.  Antara  persoalan
                   tanggungjawab yang terdapat dalam novel tersebut ialah  persoalan tanggungjawab ibu terhadap anak.
                   Contohnya, Doktor Raiha membesarkan Rohayu dengan penuh kasih sayang dan melarikan diri bersama
                   anaknya, Rohayu kerana tidak sanggup berpisah dengan anaknya itu yang akan dihantar ke Pusat Rawatan
                   untuk kanak-kanak sindrom Down.
                              Persoalan tanggungjawab yang seterusnya ialah persoalan tanggungjawab rakan terhadap
                   rakan. Doktor Raiha menumpangkan Felisia Landosi ketika Felicia masih belum memiliki kenderaan sendiri
                   dan sedia memaafkan kesalahan Felicia yang terlibat dalam tragedi kematian Ayu.

               e.   Jelaskan tiga perwatakan watak utama yang digambarkan dalam novel tersebut.

                              Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Watak utama dalam novel
                   tersebut  ialah  Doktor  Raiha.  Doktor  Raha  seorang  yang  penyayang.  Doktor  Raiha  amat  menyayangi



               45 | a z a n   G C B M K V W T - P a n t a i   K a s i h   2 0 2 0
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50