Page 46 - Modul Impresif Pantai Kasih Tingkatan 4 (1SVM)
P. 46
anaknya walaupun anak itu tidak normal. Dia sanggup melarikan anaknya daripada suaminya kerana tidak
rela anaknya itu di hantar ke pusat rawatan khas bagi kanak-kanak sindrom Down.
Selain itu, Doktor Raiha juga seorang yang tegas. Doktor Raiha tegas dan tetap menjadi pakar
bedah dan berkahwin dengan Doktor Sadiz meskipun tidak direstui oleh ayahnya. Dia juga tetap meneruskan
kandungannya walaupun tindakannya itu ditentang oleh suaminya.
Seterusnya, Doktor Raiha seorang yang tabah. Doktor Raiha tabah menghadapi pelbagai
cabaran dalam usaha untuk melupakan kenangan pahit yang mengorbankan anak kesayangannya dan
peristiwa hitam yang membawa kehancuran rumah tangganya bersama-sama Doktor Sadiz.
f. Jelaskan tiga perwatakan satu watak sampingan yang terdapat dalam novel yang anda kaji.
Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Salah seorang watak
sampingan dalam novel tersebut ialah Doktor Uwang. Doktor Uwang seorang yang gigih. Doktor Uwang
gigih membangunkan empayar PRPK yang bermula daripada pusat rawatan kecil sehingga menjadi sebuah
pusat rawatan eksklusif yang terkemuka.
Selain itu, Doktor Uwang seorang yang tegas. Dia bertegas tidak mahu mempunyai anak lagi
sehingga terpaksa dituruti kehendaknya itu oleh isterinya. Dia juga tegas dengan tindakannya menghantar
anak tunggalnya ke asrama penuh sejak berusia tujuh tahun.
Perwatakan lain Doktor Uwang ialah seorang yang tidak jujur. Doktor Uwang membelikan
peralatan tiruan dan bermutu rendah khas untuk pesakit golongan menengah bawah dan golongan
pertengahan sehingga pesakitnya mengalami infleksi yang berterusan. Dia juga gemar perfoya-foya dan
bertukar-tukar teman wanita di pusat hiburan sedangkan dia telah berumah tangga. Doktor Uwang juga tidak
memberitahu perkara yang sebenar tentang punca kematian Ayu kepada Doktor Raiha.
g. Jelaskan tiga latar masa yang terdapat dalam novel yang anda kaji.
Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Antara latar masa yang
terdapat dalam novel tersebut ialah pada waktu petang. Pada waktu ini Doktor Uwang berhalangan ke PRPK
untuk membedah Unong Siron. Pembedahan itu telah berjaya dilakukan oleh Raiha selepas diminta oleh
Doktor Uwang.
Selain itu terdapat juga latar pada waktu malam. Pada waktu ini Doktor Uwang ternampak
seorang kanak-kanak perempuan berdiri tegak di bawah cahaya lampu di halaman banglonya pada waktu
malam. Doktor Raiha teringat akan Doktor Sadiz yang menyuruhnya menguggurkan kandungannya sewaktu
berada di dalam lif kondominiumnya.
Latar masa seterusnya ialah menjelang dinihari. Menjelang dinihari Felicia berjumpa dengan
Doktor Raiha dan memohon maaf daripadanya atas keterlibatannya dalam kematian Ayu sehari sebelum
sempat Doktor Sadiz menghantar Ayu ke pusat rawatan kanak-kanak yang mengalami sindrom down.
Atas arahan Doktor Sadiz, Felicia membeli petrol yang digunakan oleh Doktor Sadiz untuk membakar kereta
Porschenya itu.
h. Jelaskan tiga latar tempat yang terdapat dalam novel yang anda kaji.
Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Antara latar tempat dalam
novel tersebut ialah Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK). Di pusat rawatan ini Doktor Uwang, Doktor Rahia,
Doktor Mohammad, Doktor Alex Ng, dan Felicia Landosi bertugas. Di sini jugalah tempat Unong Siron
mendapat rawatan pembedahan tulang pinggulnya sebanyak enam kali.
Selain itu, di tepi rumah tumpangan. Di tempat ini Doktor Sadiz mencurah minyak petrol,
kemudian membakar kereta Porshe miliknya yang dibawa lari oleh Doktor Raiha bersama-sama anaknya.
Secara kebetulan anak Doktor Raiha berada di situ turut terbakar.
Latar tempat seterusnya ialah rumah Doktor Uwang. Rumah ini menjadi tempat tinggal Doktor
Uwang dan keluarganya. Di sini juga berlangsungnya sambutan ketibaan tahun baru, sehingga memaksa
Doktor Uwang menghantar Sister Felicia dan Doktor Sadiz pulang atas permintaan Datu Ontong.
i. Hurai tiga nilai murni yang terdapat dalam novel yang anda pelajari.
Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin.. Terdapat banyak nilai
murni dalam novel Pantai Kasih.
Nilai pertama ialah nilai ketabahan. Contohnya, Doktor Raiha tabah menghadapi cabaran dan
konflik dalam kehidupannya. Doktor Raiha tabah dengan kematian anak tunggal kesayangannya dan
keruntuhan rumah tangganya.
Niali kedua ialah nilai kegigihan. Contohnya, Doktor Uwang gigih membangunkan empayar
PRPK yang bermula dari pusat rawatan kecil sehingga menjadi sebuah pusat rawatan ekslusif yang
terkemuka.
46 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

