Page 49 - Modul Impresif Pantai Kasih Tingkatan 4 (1SVM)
P. 49

TAHUN 2004 (N)
                   4a   Huraikan tiga nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel yang anda kaji.
                   4b   Konflik merupakan  perkara  yang  menarik  dalam  sesebuah  cerita.  Berdasarkan  novel  yang  anda
                      baca, jelaskan bagaimana watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi.

                   TAHUN 2005 (J)
                   4a   Watak sampingan turut memainkan peranan penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel    yang
                      telah   anda   pelajari,   huraikan   perwatakan   satu   daripada watak   sampingan tersebut.
                   4b   Pengarang  banyak  memberikan  teladan  kepada  pembaca  melalui  peristiwa-peristiwa  yang
                      dipaparkan  dalam  novelnya.  Jelaskan  tiga peristiwa yang  dapat  anda teladani berdasarkan  novel
                      yang anda pelajari.

                   TAHUN 2005 (N)
                   4a   Terdapat  pelbagai  peristiwa  menarik  yang  dipaparkan  dalam  sesebuah  novel.  Huraikan dua
                      peristiwa paling menarik dalam satu novel yang telah anda pelajari. Mengapakah anda   berpendapat
                      demikian?
                   4b   Berdasarkan  dua  novel  yang  anda  pelajari, bandingkan  satu  latar  tempat dalam  setiap  novel  itu.

                   TAHUN 2006 (J)
                   4a   Pertentangan  antara  watak  banyak  terdapat  dalam  sesebuah  novel.  Huraikan dua  peristiwa yang
                      menunjukkan pertentangan  antara  watak  dalam  sebuah  novel  yang  anda  telah  kaji.
                   4b   Berdasarkan  dua  buah  novel  yang  anda  telah  kaji,  jelaskan dua  nilai  kemasyarakatan daripada
                      setiap novel tersebut.

                   TAHUN 2006 (N)
                   4a   Huraikan pengajaran yang terdapat dalam sebuah novel yang anda telah kaji.
                   4b   Berdasarkan dua  buah novel  yang  anda  telah  kaji,  jelaskan satu  persoalan daripada  setiap  novel
                      tersebut.

                   TAHUN 2007 (J)
                   4a   Nilai setia kawan sering dipaparkan dalam sesebuah novel.
                      Huraikan dua nilai setia kawan dalam sebuah novel yang anda pelajari.
                   4b   Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan tema dalam setiap novel itu.

                   TAHUN 2007 (N)
                   4a   Berdasarkan  sebuah  novel  yang  anda  pelajari,  jelaskan dua  peristiwa yang  dapat  dikaitkan  dengan
                      persoalan maruah.
                   4b   Berdasarkan dua buah  novel  yang  anda  pelajari,  huraikan cara  watak  utama setiap  novel
                      menyelesaikan satu konflik yang dihadapinya.

                   TAHUN 2008 (J)
                   4a   Pemilihan  tajuk sesebuah  novel  dapat  dikaitkan  dengan  isi  kandungan  novel  tersebut.
                      Buktikan pernyataan di atas berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji.
                   4b   Berdasarkan dua  novel yang  telah  anda  kaji,  berikan tiga  pengajaran yang  terdapat  dalam  setiap
                      novel.

                   TAHUN 2008 (N)
                   4a   Bahagian permulaan sebuah  novel  memainkan  peranan  yang  penting  kepada  pembaca  untuk
                      meneruskan pembacaan.
                      Berdasarkan  sebuah  novel  yang  anda  pelajari,  jelaskan  dua  sebab  bahagian  permulaan  novel  itu
                      menarik minat anda.
                   4b   Bandingkan, iaitu dari segi persamaan dan perbezaan, satu latar masyarakat dalam dua buah   novel
                      yang anda pelajari.

                   TAHUN 2009 (J)
                   4a   Sesebuah   novel   dapat   menimbulkan   pelbagai   kesan   terhadap   perasaan   pembaca.
                      Berdasarkan  sebuah  novel  yang  anda  pelajari,  jelaskan dua  peristiwa  yang  meninggalkan  kesan
                      terhadap perasaan anda.
                   4b   Berdasarkan  dua  buah  novel  yang  telah  anda  kaji,  huraikan satu  latar  masa dalam  setiap  novel.



               49 | a z a n   G C B M K V W T - P a n t a i   K a s i h   2 0 2 0
   44   45   46   47   48   49   50   51