Page 48 - Modul Impresif Pantai Kasih Tingkatan 4 (1SVM)
P. 48
Pengajaran kerjasama yang lain ialah kita hendaklah bekerjasama menentang penceroboh.
Doktor Raiha, Ibu Unong Siron dan staf lain di PRPK bekerjasama menyelamatkan Felicia Landosi daripada
terus ditawan oleh doktor palsu di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
o. Bahagian permulaan sesebuah novel amat penting kepada pembaca untuk meneruskan pembacaan.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua sebab bahagian permulaan novel itu menarik
minat anda.
Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat banyak sebab
bahagia permulaan novel tersebut menarik. Antaranya adalah kerana menggambarkan sifat amanah dan
tanggungjawab seorang pekerja terhadap majikannya. Doktor Raiha melakukan pembedahan kali
keenam ke atas Unong Siron. Pemedahan tersebut sepatutnya dilakukan oleh Doktor Uwang tetapi
diserahkan kepada Doktor Raiha kerana pakar bedah itu mempunyai urusan lain.
Selain itu, bahagian permulaan novel ini juga menarik kerana menunjukkan keberanian orang
bawahan menegur ketua yang tidak profesional dalam menjalankan tanggungjawab. Pada bahagian
permulaan novel ini, Doktor Raiha mempertikaikan kewibawaan mentornya yang juga pemilik PRPK, Doktor
Uwang kerana melakukan pembedahan ke atas Unong Siron sebanyak lima kali di tempat yang sama tetapi
masih tidak sembuh.
Seterusnya, bahagian ini menarik kerana menggambarkan sikap tanggungjawab seorang
ayah yang ingin anaknya hidup bahagia. Doktor Raiha teringat akan bantahan ayahnya apabila dia
menyatakan hasratnya untuk menjadi pakar bedah. Ayahnya lebih suka Doktor Raiha menjadi suri rumah
tangga sepenuh masa. Baginya, kaum wanita harus menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap rumah
tangga, bukan bekerja seperti ibu Raiha yang menjadi jururawat sehingga tiada masa untuk diri sendiri.
Jangkaan ayah Doktor Raiha ternyata benar.
ANALISIS SOALAN NOVEL SPM 2001 HINGGA 2019
TAHUN 2001 (N)
4a Pada pendapat anda, wajarkah pengarang mengakhiri cerita seperti yang terdapat dalam novel yang
anda pelajari ?
4b Huraikan empat persoalan yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari itu.
TAHUN 2002 (J)
4a Tulis sinopsis novel yang telah anda pelajari.
4b Huraikan empat nilai murni yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari itu.
TAHUN 2002 (N)
4a Jelaskan tema novel yang telah anda pelajari.
4b Huraikan latar masyarakat dalam novel yang telah anda pelajari.
TAHUN 2003 (J)
4a Plot merupakan aspek penting dalam pembinaan sebuah novel. Berdasarkan novel yang telah anda
pelajari, jelaskan klimaks novel berkenaan dan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada
kesudahan cerita.
4b Huraikan empat latar tempat berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari.
TAHUN 2003 (N)
4a Kegigihan merupakan salah satu persoalan yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari.
Buktikan pernyataan tersebut.
4b Huraikan watak utama novel yang telah anda pelajari.
TAHUN 2004 (J)
4a Watak utama sesebuah novel sering dikaitkan dengan pelbagai cabaran. Berdasarkan novel yang telah
anda pelajari, huraikan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh watak tersebut.
4b Huraikan empat pengajaran daripada novel yang telah anda pelajari.
48 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

