Page 12 - BORANG MAKLUM BALAS MESY GURU BIL 1.2021
P. 12
4.2.6 Pembangunan profesionalisme berterusan (CPD)
4.2.6.1 GPK Kurikulum mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang mencapai
peratusan tertinggi dalam CPD;
(i) Puan Nursyazwani binti Hasim
(ii) Puan Noor Suriati binti Talib
(iii) Encik Saiful ‘Adli bin Hamdan
4.2.6.2 Semua guru digalakkan agar sentiasa meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran profesional melalui program latihan dalam perkhidmatan di samping
membaca buku secara berterusan.
Makluman
4.3 Maklumat Hal Ehwal Murid
4.3.1 Persediaan hari pertama persekolahan
4.3.1.1 GPK HEM memaklumkan semua murid dibekalkan satu meja, satu
kerusi dan satu buku. Semua buku teks/ latihan akan diagihkan secara
berperingkat setelah sekolah dibuka.
4.3.1.2 Guru bertugas diingatkan hadir awal bagi menyambut kedatangan serta
membantu kelancaran pergerakan murid melalui amalan Program Guru
Penyayang.
Makluman
4.3.2 Pengurusan bilik darjah
4.3.2.1 Semua guru kelas perlu menguruskan keperluan dalam bilik darjah
seperti berikut:
(a) Menyusun atur kerusi meja mengikut PAK21. Murid harus diletakkan
dalam kumpulan dengan memberi penekanan kepada saiz murid,
masalah penglihatan dan masalah disiplin.
(b) Memastikan keselamatan, kebersihan dan keceriaan bilik darjah.
(c) Mendisiplinkan murid dalam menjaga kebersihan bilik darjah.
(d) Mempamerkan hasil kerja murid, menyediakan reward chart dan
parking lot.
(e) Menyediakan jadual waktu kelas, jadual bertugas murid dan
peraturan bilik darjah.
12

