Page 8 - BORANG MAKLUM BALAS MESY GURU BIL 1.2021
P. 8
4.1.7.6 Waktu bekerja rasmi guru adalah waktu bekerja yang kehadiran
mereka diambil kira dalam REKOD PERKHIDMATAN sama ada bekerja di
sekolah atau di luar sekolah.
4.1.7.7 PGB boleh menetapkan waktu masuk dan keluar guru pada hari
persekolahan dan bilangan waktu mengajar guru seminggu. Di samping itu,
PGB juga disarankan mengeluarkan arahan bertulis serta merekodkan
kehadiran guru agar penetapan waktu bekerja 45 jam seminggu dipatuhi.
Makluman
4.1.8 Pematuhan kepada SPI - BRM Guru/ Erph (SPI 3/1999)
4.1.8.1 Pengerusi menjelaskan RPT dan RPH adalah dokumen rasmi dan
tertakluk kepada justifikasi dan verifikasi audit. Guru boleh dikenakan penalti
RM500 di bawah PU(A)531 Seksyen 8(1) jika gagal menyediakannya.
4.1.8.2 Semua guru diingatkan supaya menyediakan RPT mengikut tahun
semasa, dan bukannya mencetak semula daripada tahun sebelumnya.
4.1.8.3 RPH boleh disediakan dalam bentuk buku atau fail untuk setiap mata
pelajaran dan kelas yang diajar serta mempunyai format yang dipersetujui
dalam mesyuarat Panitia masing-masing.
4.1.8.4 Panggilan, teguran secara lisan, memo, surat peringatan, surat tunjuk
sebab akan menyusul sekiranya guru-guru gagal menyediakan RPH dan
senarai semak penghantaran RPH dilakukan pada setiap hari Jumaat.
Makluman
4.1.9 Pengurusan mesyuarat
4.1.9.1 Pengerusi memaklumkan semua GPK, KP dan S/U bagi semua unit
perlu mematuhi Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA) dalam
pengendalian mesyuarat, iaitu mengandungi perkara yang berikut:
(a) Nama mesyuarat
(b) Tarikh dan masa mesyuarat
(c) Tempat mesyuarat
(d) Nama pengerusi, dan
(e) Agenda mesyuarat :
(i) Perutusan pengerusi mesyuarat
(ii) Pengesahan minit mesyuarat lalu
(iii) Perkara-perkara berbangkit/ maklum balas
(iv) Perkara-perkara baharu / Perbincangan /
Pembentangan kertas kerja
(v) Hal-hal lain
(vi) Penangguhan mesyuarat / penutup
4.1.9.2 Surat panggilan mesyuarat perlu diedarkan sekurang-kurangnya
tujuh (7) hari dari tarikh mesyuarat dan mengikut agenda yang telah
ditetapkan.
8

