Page 7 - BORANG MAKLUM BALAS MESY GURU BIL 1.2021
P. 7
• hadir sebelum @ pada 7:20 pagi dan pulang pada 1:30 tengah hari
(sesi pagi).
• hadir seawal 7:05 pagi (guru bertugas) untuk menyambut kehadiran
murid di pintu pagar (Program Amalan Guru Penyayang)
• merakam kehadiran di komputer (punch in/out) setiap hari termasuk
hari Sabtu jika menghadiri program mahu pun aktiviti tertentu.
• bersedia untuk bertugas pada hari Sabtu minggu kedua dan
keempat mengikut keperluan aktiviti LADAP dan lain-lain.
• memaklumkan awal kepada Guru Besar/ GPK sekiranya lewat atau
tidak dapat hadir supaya memudahkan penyediaan jadual relif.
Makluman
4.1.7 Waktu bekerja penjawat awam di sekolah (PPP & AKP)
4.1.7.1 Pengerusi meminta semua guru merujuk kepada surat siaran dan
SPI yang berkaitan penetapan waktu bekerja sebanyak 45 jam oleh JPA.
(Lampiran A)
4.1.7.2 Waktu bekerja penjawat awam terbahagi kepada waktu bekerja
pejabat dan waktu bekerja bukan pejabat. Guru bekerja menggunakan waktu
bekerja bukan pejabat, tetapi masih terikat kepada ketetapan waktu bekerja
oleh JPA, iaitu merangkumi waktu persekolahan (PdP dan bukan PdP serta
luar waktu persekolahan melibatkan pelaksanaan aktiviti kokurikulum dan lain-
lain.
PERKARA KEKERAPAN JAM SEMINGGU
Pelaksanaan PdP 30 waktu x 30 minit 15 jam
Sebelum PdP 1 jam x 5 hari 5 jam
Selepas PdP 1 jam x 5 hari 5 jam
Kokurikulum* 60 minit x 3 waktu 3 jam
Lain-lain/ tugas rencam** 2 jam x 5 hari 10 jam
Jumlah jam bekerja 3 jam
Waktu rehat 7 jam
Jumlah keseluruhan waktu bekerja seminggu 45 jam
4.1.7.3 Manakala waktu bekerja mingguan bagi PGB/ AKP dan guru hampir
sama iaitu 38 jam 30 minit tidak termasuk waktu rehat bagi PGB/AKP dan lebih
kurang 38 jam bagi guru.
4.1.7.4 Bilangan minggu bekerja penjawat awam dalam setahun adalah 52
minggu, manakala bilangan minggu persekolahan dalam setahun adalah 43
minggu dan 9 minggu lagi diperuntukan untuk cuti sekolah. Perbezaan minggu
bekerja ini juga menyebabkan guru TIDAK LAYAK mendapat CUTI REHAT ,
sebaliknya digantikan dengan CUTI REHAT KHAS sebanyak 10 hari.
4.1.7.5 Pada masa cuti sekolah, PGB boleh MENGARAHKAN guru datang
bertugas tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti persekolahan.
7

