Page 3 - BORANG MAKLUM BALAS MESY GURU BIL 1.2021
P. 3

Urus Setia Mesyuarat :

                   1.  Pn. Nurazilah binti Abdul Raof                                            Setiausaha

              1.      PERUTUSAN PENGERUSI

                       1.1  Mesyuarat guru dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab diikuti dengan doa
                       selamat telah dipimpin oleh Ustaz Farhan bin Jamaludin.

                       1.2   Guru  Besar  selaku  Pengerusi  mesyuarat  mengalu-alukan  kehadiran
                       semua guru ke mesyuarat guru kali pertama bagi sesi 2021 dan mengucapkan
                       selamat datang kepada GPK Pentadbiran dan guru baru, Encik Saiful ‘Adli bin
                       Hamdan serta Puan Zanariah binti Abdullah @ Muda dan menjemput kedua-
                       duanya untuk sesi taaruf.

                       1.3  Pengerusi memaklumkan terdapat tiga orang guru yang berpindah, iaitu
                       Encik Mohd Hazril bin Ahmad Razak, Puan Anisah Laila binti Ashari dan Puan
                       Nursyazwani binti Hasim dan berharap sekolah akan menerima guru-guru ganti
                       mengikut opsyen yang sama.

                       1.4  Sempena  sesi  persekolahan  baru  yang  akan  bermula  mulai  20  Januari
                       2021, Pengerusi telah menitipkan beberapa amanat kepada semua guru SKS9:

                             1.4.1  Memulakan    tugas  2021  dengan  semangat  jati  diri  yang  tinggi,
                             berkeyakinan dan penuh iltizam demi anak bangsa.

                             1.4.2  Mengamalkan unsur-unsur budaya kerja cemerlang :
                                    (a) kerja sebagai ibadah
                                    (b) tanggungjawab terhadap tugas
                                    (c) komunikasi berkesan
                                    (d) emosi stabil
                                    (e) jadikan diri sebagai role model
                                    (f) sosial di tempat kerja

                             1.4.3  Sentiasa menjalankan amanah dan tugas dengan penuh berintegriti.
                                     ‘Apabila  kita  suka  kepada  atau  sayang  pada  sesuatu,  kita  akan
                                    berusaha buat dengan seikhlas hati, hasilnya amat tidak ternilai dan
                                    hanya Allah yang mampu membalasnya.’
                                                                                                  Makluman


               2.     PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

                     2.1     Pn. Noorfeeza Azween binti Nazri mencadangkan agar minit Mesyuarat

                             Penyelarasan Guru bilangan 3/ 2020 disahkan dan disokong oleh Cik
                             Nurshahirah binti Ahmad Zapri.

                     2.2     Minit Mesyuarat Penyelarasan Guru bilangan 3/ 2020 telah diterima
                             sebulat suara tanpa sebarang pindaan.

                                                                                                   Makluman
                                                           3
   1   2   3   4   5   6   7   8