Page 5 - BORANG MAKLUM BALAS MESY GURU BIL 1.2021
P. 5

4.1.3  PPPM 2013 – 2025

                              Pengerusi turut menjelaskan PPPM telah berada dalam fasa gelombang
                              ke-3 (2021-2025) dan semua guru digesa agar bangkit, berdaya saing dan
                              lebih proaktif bagi merealisasikan :
                              •   Tiga (3) objektif PPPM
                              •   Lima (5) aspirasi utama sistem pendidikan
                              •   Sembilan (9) bidang keberhasilan utama pendidikan
                              •   Sebelas (11) anjakan utama transformasi sistem pendidikan negara

                                                                                                    Makluman

                       4.1.4  Fokus pengurusan dan kepimpinan sekolah

                              4.1.4.1      Pengerusi menjelaskan bagi mencapai objektif organisasi dan
                              kepimpinan  berkualiti,  kompetensi  menggerakkan  sumber  dalam
                              pengurusan  sekolah  hendaklah  dilaksanakan  sepenuhnya  dengan
                              memberi penekanan kepada tiga (3) perkara utama iaitu:
                              (i)    Headcount
                              (ii)   PAK21
                              (iii)   PLC

                              4.1.4.2      Sekolah  akan  terus  berkolaborasi  bersama  PIBG,  KSIB,
                              sukarelawan,  kepimpinan  murid,  kepimpinan  ibu  bapa,  NGO,  pemimpin
                              masyarakat dan lain-lain lagi.

                              4.1.4.3      Semua  guru  juga  hendaklah  mengamalkan  konsep
                              pembelajaran sepanjang hayat dan memfokuskan kepada kajian tindakan
                              dan budaya membaca, di samping menangani perubahan dalam ICT.

                              4.1.4.4      Sebagai  penjawat  awam  profesional,  semua  guru  perlu
                              menjaga  kualiti  peribadi  khasnya  etika  berpakaian,  waktu  kehadiran,
                              berbudi bahasa, berbudaya penyayang, kreatif  dan inovatif, bermotivasi,
                              komited dengan budaya menuntut ilmu, akauntabiliti, integriti dan sanggup
                              mengambil risiko.

                                                                                                    Makluman

                       4.1.5  Guru dan kakitangan tahun 2021

                              4.1.5.1       Pengerusi memaklumkan tentang enrolmen guru dan
                              kakitangan yang terkini :

                                                  PERJAWATAN                            BILANGAN

                              Guru Besar                                                      1

                              Guru Penolong Kanan                                             4

                              Guru ICT, Data, GPM, BnK, Pemulihan                             5
                              Guru Prasekolah                                                 3

                              Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab                          17

                                                           5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10