Page 23 - NOOR FARAHIN BINTI ASHARI D20201093962 BUKU LOG KRS
P. 23

Perbuatan :


                   Semua anggota hendaklah sedia, berlari dengan pantas, berbaris dalam tiga barisan
                   kira-kira 6 langkah di hadapan ketua/jurulatih iaitu setiap orang mestilah mengambil

                   tempatnya, barisan hadapan, barisan tengah dan barisan belakang. Jarak di antara satu
                   barisan dengan yang lain ialah 30 inci. Jarak di dalam barisan di antara seorang

                   dengan yang lain ialah sekadar satu tangan dan dalam keadaan sedia.


                   Kesalahan Biasa :


                   1. Datang berbaris tidak berlari

                   2.     Tidak melakukan perbuatan sedia sebelum berlari.


                   3. Bercakap-cakap;


                   4. Barisan terlalu rapat atau terlalu jauh daripada jurulatih.



                   BAHAGIAN V


                   MEMBETULKAN BARISAN


                   Hukuman:


                   " Ke kanan ............ Lurus"


                   Perbuatan:


                   Penanda kanan diam. Yang lain langkah* kaki kanan 6 inci ke hadapan dan angkat
                   kaki kiri serta hentak disebelah kaki kanan, kedua - dua tangan lurus dan rapat ke

                   badan. Diam dan kira masa sendiri (2-1). Kemudian palingkan muka ke kanan;
                   melainkan anggota yang nombor satu dalam setiap barisan; serentak dengan itu

                   anggota dalam barisan hadapan angkat tangan ke paras bahu melalui sebelah belakang

                   anggota di kanannya, jari genggam dalam keadaan ibu jari        di kedudukan atas
                   mencecah bahu     anggota   di sebelah kanan. Diam dan kira masa sendiri, (2-1),

                   diikuti dengan hentak kaki ”pendek – pendek” sehingga barisan lurus.

                   Penanda kanan hendaklah diam. Anggota        di sebelah kanan barisan tengah dan

                   barisan belakang hendaklah mengangkat tangan sekadar menyentuh bahu anggota di

                   hadapannya. Setiap barisan ini hendaklah berdiri bersetentang dengan anggota -
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28