Page 21 - NOOR FARAHIN BINTI ASHARI D20201093962 BUKU LOG KRS
P. 21
tangan mengerekot.
6. Badan senget ke kiri atau ke kanan dan bahu tidak sama rata.
7. Tidak memandang (200 meter) ke hadapan
8. Tunduk atau mendongak.
9. Semasa tumit atau hujung kaki dijatuhkan terdapat dua bunyi.
Ingatan:
Beri hukuman supaya bersedia sebelum "Skuad ..............Sedia".
BAHAGIAN II
SENANG DIRI
Hukuman :
"Senang ..................Diri"
Perbuatan :
Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak ke sebelah kanan sejauh
12 inci. Dalam masa yang sama kedua-dua tangan ke belakang dan letakkan belakang
tangan kanan rapat di atas tapak tangan kiri, ibu jari bersilang, empat-empat jari
bersusun lurus menuju ke bumi , siku lurus, dan keberatan badan di atas kedua-dua
kaki. Masa angkat kaki kanan, kaki kiri mesti tegap dan tidak bergerak.
Kesalahan Biasa :
1. Siku bengkok;
2. Lutut tidak tegap dan tiada bertahan;
3. Bukaan kaki kanan tidak cukup 12 inci;
4. Menggerakkan kaki kiri menyebabkan rosak lurus barisan;
5. Pinggang bengkok sewaktu mengangkat kaki kanan;
6. Jatuh tumit atau hujung kaki dahulu.

