Page 10 - PDKU pdf
P. 10

PEJABAT DAERAH KULAI



               PEMBENTUKAN DAERAH KULAI

                       Pada  18  Oktober  2006  Kerajaan  negeri  Johor  telah  bersetuju  dan  meluluskan
               cadangan  pembentukan  Daerah  Kulai  yang  berkuatkuasa  pada  21  Februari  2007  dan
               diwartakan pada 29 Mac 2007. Melalui kenaikan taraf ini Daerah Kulai kini mempunyai
               empat buah mukim iaitu mukim Kulai, Senai, Bukit Batu dan Sedenak.


               LATAR BELAKANG KULAI

                       Kulai  mempunyai  keluasan  75,377  hektar  (186,260.64  ekar)  dan  bersempadan
               dengan  Kluang  di utara,  Johor  Bahru  di  Selatan,  Kota  Tinggi  di sebelah  Timurnya  dan
               Pontian di sebelah Barat.

                       Terdapat empat buah mukim, iaitu Mukim Kulai, Mukim Sedenak, Mukim Bukit
               Batu dan Mukim Senai. Terdapat 4 buah kampung induk, 14 buah kampung rangkaian, 11
               kampung baru dan 4 buah tanah rancangan Felda dalam Daerah Kulai

                       Bancian penduduk oleh Jabatan Perangkaan pada tahun 2000 mendapati bilangan
               penduduk  Kulai  ialah  159,427  dan  meningkat  seramai  261,600  pada  tahun  2014.
               Pertumbuhan  bilangan  penduduk  ini  jelas  menunjukkan  daerah  Kulai  menjadi  lokasi
               pilihan terbaik sebagai penempatan, peniagaan dan pelaburan.

                       Permintaan  untuk  rumah  kediaman  meningkat  seiring  dengan  kepesatan
               pembangunan  Daerah  Kulai.  Justeru  itu  pemaju  –  pemaju  perumahan  bergiat  aktif
               membangunkan  Kawasan  perumahan  bagi  menampung  permintaan  yang  terus
               meningkat.

                   Di antara pemaju – pemaju yang terlibat di dalam pembangunan Kawasan perumahan
               dalam Daerah Kulai:

                   •  IOI Corporation Berhad, IOI Propeties Berhad
                       -  Bandar Putra & Taman Lagenda Putra
                   •  Asiatic Development Berhad
                       -  Bandar Indahpura
                   •  Peck Seong Reality Sdn. Bhd.
                       -  Taman Gemilang & Taman Impian Senai
                   •  PJD Propeties Management Sdn. Bhd.
                       -  Taman Putri





                                                           10
                                                                   KULAI KESAYANGAN KITA
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15