Page 52 - PDKU pdf
P. 52
PEJABAT DAERAH KULAI
FELDA TAIB ANDAK
Rancangan Felda Taib
Andak adalah
rancangan sawit yang tertua
di negeri Johor terletak
dalam mukim Senai, Daerah
Kulai, Johor, Malaysia.
Rancangan ini telah dibuka
pada tahun 1960. Rancangan
ini terletak di Daerah
Kulai, Johor, Malaysia.
Felda Taib Andak yang nama asalnya adalah Kampung Bahagia adalah rancangan
tanah kerajaan negeri yang dibangunkan oleh FELDA dengan menempatkan 620 keluarga
peneroka. Felda Taib Andak juga kini termasuk di dalam kawasan Wilayah
Pembangunan Iskandar Malaysia.
Felda Taib Andak mendapat nama daripada nama pengerusi kedua Felda iaitu Tan Sri Taib
Andak. Rancangan tanah ini yang pertama ditanam dengan kelapa sawit di Malaysia dan
hanya merupakan projek kerajaan negeri Johor yang dinamakan Kampung Bahagia. Tetapi
pada tahun 1963, kerajaan Pusat melalui Felda telah mengambil alih projek ini. Projek lain
ialah Felda Pasir Raja (1962) dan Felda Bukit Besar (1964).
Pada 22 Ogos, 1971 Sultan Johor iaitu Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim telah merasmikan
bangunan Felda Taib Andak.
Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan ini ialah Y.B Tuan Hj. Kamaruzzaman
bin Ali (ADUN Bukit Permai) manakala Ahli Parlimen ialah Y.B. Tan Sri Ong Ka Ting
(Parlimen Kulai). Ketua Kampung ini ialah YBhg Tuan Haji Mohd Hanafiah Bin Haji Hussain
yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung ((JKKK)) Felda Taib
Andak sejak 2001-kini
52
KULAI KESAYANGAN KITA

