Page 55 - PDKU pdf
P. 55

PEJABAT DAERAH KULAI



               HUTAN LIPUR GUNUNG PULAI


                       Tempat  menarik  di  Kulai  yang

               seterusnya ialah Hutan Lipur Gunung Pulai
               yang sememangnya popular bagi pencinta
               alam  semulajadi.  Hutan  Lipur  Gunung
               Pulai  menjadi  destinasi  pelancongan
               popular  dikalangan  penduduk  tempatan

               dan  pelancong  yang  melawat  ke  Kulai
               kerana  ia  menawarkan  berbagai  aktiviti
               menarik.  Di  antara  tarikan  utama  di  sini
               ialah  air  terjun  dengan  kolam  yang  luas
               untuk bermandi-manda.


                       Airnya terjun di sini sangat sejuk dan cukup menyegarkan. Malah tebing sungainya
               juga  teduh  dan  nyaman,  sesuai  untuk  anda  berkelah  dan  berbabeku  sambil  main  air

               bersama keluarga. Jika anda jenis yang sukakan aktiviti lasak, anda boleh mendaki gunung
               yang  ada  di  hutan  lipur  ini  melalui  trek  jalan  tar  yang  disediakan.  Pemandangan  dari
               puncak Gunung Pulau sangat indah dan tak dapat digambarkan dengan kata-kata.


                       Kalau anda tak gemar mendaki gunung, anda boleh lakukan aktiviti jungle trekking
               sambil melihat flora dan fauna serta menjejak tingkat atas air terjun cantik yang ada di


               hutan  lipur  ini.  Kalau  anda  bercuti  di  Kulai,  jangan  lupa  untuk  masukkan  Hutan  Lipur
               Gunung Pulai sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan untuk anda lawati.























                                                           55
                                                                   KULAI KESAYANGAN KITA
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60