Page 53 - PDKU pdf
P. 53

PEJABAT DAERAH KULAI



                       Felda  Taib  Andak  berada  di  kedudukan  yang  strategik,  berhampiran  dengan

               kawasan  pembangunan  utama  seperti Kulai,  Kota  Tinggi, Ulu  Tiram,  Johor  Bahru
               dan Kluang,  rancangan  ini  mempunyai  potensi  untuk  dimajukan  sebagai  kawasan
               pembangunan di masa akan datang. Seluruh peneroka Felda Taib Andak telah menerima
               geran tanah kekal.

                       Penyanyi popular yang lahir menerusi Rancangan Realiti Akademi Fantasia "Mawi"

               atau nama sebenarnya Asmawi Ani adalah anak kelahiran Felda Taib Andak. Beliau digelar
               Raja SMS kerana menerima undian terbanyak yang melayakkan beliau merangkul juara
               pada Akademi Fantasia Musim ke 3. Pelakon Que Haidar juga berasal dari FELDA Taib
               Andak.




               FELDA BUKIT PERMAI


                       Felda  Bukit  Permai merupakan  sebuah
               kampung  terletak  di  daerah Kulaijaya, Johor.
               Ianya  mula  diteroka  sekitar  tahun  1963.  Nama

               asal Felda Bukit Permai ialah LKTP Teck Wah Heng
               iaitu mengambil sempena nama seorang pemilik
               tanah Cina yang mempunyai tanah di sana. Nama
               Teck  Wah  Heng  ini  masih  digunakan  untuk
               sebatang  jalan  di  pekan  Layang-layang  yang

               menuju ke Felda ini.

                       Felda ini terdiri dari 271 peneroka dan dibahagikan kepada 8 blok. Uniknya nama-
               nama  blok  yang  terdapat  didalam  Felda  ini  menggunakan  panggilan  kampung  iaitu
               Kampung Gajah 1, Kampung Gajah 2, Kampung Balairaya, Kampung Tengah 1, Kampung

               Tengah  2,  Kampung  Agas,  Kampung  Baru  1  dan  Kampung  Baru  2.  Setelah  peneroka
               memperolehi geran, mereka telah memilih untuk mentadbir sendiri rancangan dengan
               menukar JKKR kepada JKKK dan kini ianya dikenali sebagai Kampung (F) Bukit Permai dan
               diletakkan dibawah pengawasan Penghulu Mukim Sedenak.

                       Tanaman asal Felda ini merupakan getah dan telah ditebang pada tahun 1986.

               Semasa  tanaman  semula  sebahagian  peneroka  telah  memilih  untuk  kekal  dengan
               tanaman getah manakala sebahagian lagi memilih untuk menanam pokok kelapa sawit.

               Industri kecil yang popular dan paling dikenali adalah perusahaan membuat kerepek ubi.




                                                           53
                                                                   KULAI KESAYANGAN KITA
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58