Page 56 - PDKU pdf
P. 56
PEJABAT DAERAH KULAI
NANYAN AQUARIUM
Semasa anda bercuti di Kulai,
kami cadangkan anda luangkan masa
untuk bercuti di Nanyan Aquarium
Centre yang terletak di Ayer Bemban,
Kulai untuk melihat koleksi ikan dan
akuarium yang ada di sini. Di sini anda
dapat melihat pelbagai jenis ikan di
dalam akuarium yang dipamerkan.
Kalau anda bercuti bersama anak kecil,
pastinya anak-anak anda akan terhibur
melihat ikan berwarna-warni yang ada
di Nanyan Aquarium.
Selepas puas melihat ikan di dalam akuarium, anda boleh pergi melawat kolam
ternakan ikan untuk melihat sendiri bagaimana ikan hiasan akuarium diternak. Selepas
puas melihat ikan, anda boleh cuci mata di ruang jualan yang menjual pelbagai jenis ikan
hiasan untuk diletakkan di dalam akuarium anda. Malah ada juga dijual pelbagai jenis
akuarium dan hiasan akuarium seperti bunga tiruan, kayu, kapal, peti harta karun, tong
minuman, dan sebagainya.
56
KULAI KESAYANGAN KITA

