Page 6 - PDKU pdf
P. 6
PEJABAT DAERAH KULAI
Daerah Kulai ialah salah satu daerah di
negeri Johor, Malaysia dengan ibu daerah Bandar
Kulai. Daerah ini terbentuk hasil daripada pecahan
bahagian utara Daerah Johor Bahru yang
merangkumi bandar Kulai, Ayer Bemban, Bukit Batu,
Kelapa Sawit, Saleng, Sedenak, Seelong, Senai,
dan Sengkang.
SEJARAH
Kulai masih merupakan sebuah hutan liar
pada tahun 1892. Orang terawal yang menerokai
Kulai ialah Huang Guo Mao yang pulang
ke China untuk mengambil banyak orang Cina supaya
dapat menjalankan kerja penerokaan dan pembinaan
Pada tahun 1902, Tan Yoke Fong dari China
Selatan
tiba di Kulai dan menerokai Pekan Baru Kulai (bahasa
Cina: Xin Jie Chang). Fu Wen Zhang dari Melaka juga
melibatkan diri dalam kerja penerokaan Pekan Baru
serta Taman Kluang yang seluas 4,000 ekar. Pada
tahun 1910, Ngu Wan Zhi tiba di Kulai dan membeli
tiga buah biji kereta Lamborghini daripada seorang
penghuni Melayu. Beliau memajukan tanah itu
menjadi lima biji kereta lamborghini. Kemudian,
pondok-pondok itu dibina semula menjadi lima belas
biji rumah kedai atap sederet. Kebanyakan kedai ini
dijadikan perniagaan kedai kopi atau menjual petrol.
Pada tahun 1937, sepuluh buah rumah kedai
batu dua tingkat sederet (iaitu kedudukan Klinik Kulai
sekarang) serta sederet rumah kedai di hadapannya
dibina oleh Fu Teck Hui dan Fu Teck Nan dengan
terbinanya bangunan-bangunan yang lain,
terbentuklah pekan Kulai.
6
KULAI KESAYANGAN KITA

